
Mahkamah Paris boleh keluar waran tangkap jika tolak sepina
Waran
tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi
enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.
Menurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaanmembabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.
"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.
"Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu."
Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.
Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.
MalaysiaKini
"Saya
mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya
bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini
disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog
pro-Umno," katanya.
Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.