Satu majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Jinjang, Kuala Lumpur hari ini kecoh apabila ratusan penerima bantuan itu mengerumuni pentas untuk mendapatkan habuan masing-masing.Malah ada di antara kumpulan penerima bantuan itu saling tolak-menolak sehingga menyebabkan pemberian baucar tersebut dihentikan seketika.
Seorang petugas BN kemudiannya terpaksa menenangkan individu berkenaan dengan menyatakan bahawa jumlah baucar itu mencukupi untuk diedarkan kepada semua penerima.
"Baucer cukup! Baucer cukup! Kita akan selesaikan tak kira sampai pukul berapa.
"Urusetia dalam perjalanan untuk bawa baucer lagi," kata petugas itu lagi melalui pembesar suara.
Kumpulan penerima baucear itu mula mengerumuni pentas setelah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar meninggalkan majlis berkenaan pada kira-kira jam 6 petang ini.Para petugas itu kemudiannya berpecah kepada beberapa kumpulan di sekitar tapak program berkenaan untuk membahagikan baucer bernilai RM500 itu.
Dalam pada itu, seorang penerima baucer berkenaan ketika ditemui Malaysiakini berkata beliau gembira kerana mendapat baucer BR1M.
"Saya tunggu dari jam 1 (petang) lagi. Sekarang baru dapat," katanya yang enggan dinamakan.
Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa majlis seperti itu tidak sepatutnya diadakan di kawasan seperti di Projek Perumahan Rakyat Beringin itu.
Ia sepatutnya diadakan di lokasi yang lebih mudah dikunjungi seperti bangunan sekolah, katanya lagi.
Saturday, February 18, 2012
Projek Ali Baba Menjadi Kenyataan...
Mcamana Datuk ni leh dapat BR1M..sbb dia Datuk Duda kot...
| 6:14PM Feb 17, 2012 |
yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.
Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.
Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.
Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.
"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.
Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.
Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.
"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.
Friday, February 17, 2012
Tolong jelaskn bagi jelas lagi pasal defisit....org kampung xfaham tu.
Harakahdaily, 16 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap.
Ini kerana, pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar.
"Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.
"Kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam bajet tetapi juga sebagai perbalanjaan di luar bajet atau perbelanjaan off-balance sheet, dalam bentuk contingent liablities – hutang pihak GLCs (IMDB, SPNB, PTPTN dll) yang dijamin (underwrite) kerajaan Pusat.
"Ini tidak termasuk dalam perkiraan defisit tetapi tetap menjadi hutang awam atau hutang kerajaan Pusat ketika mereka gagal membayar dan sekaligus akan di'bailout’ oleh kerajaan Pusat," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar atas)yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengulas kenyataan yang dinyatakan Najib melalui Twitternya hari ini.
Beliau yakin, isu ini bakal menjadi laporan utama media BN esok.
"Setelah laporan pertumbuhan 5.2% dalam suku-4 tahun 2011 mengisi dada akhbar arus perdana, esok pengumuman PM Najib tentang penurunan defisit fiskal yang dalam Twitternya hari ini akan mengisi muka depan akhbar media-BN esok.
"Beliau gembira kerana defisit turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.
Dr Dzulkefly mengingatkan agar Najib jangan terlalu gembira kerana penurunan defisit itu ‘tidak defisit sebenar.
Angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah KDNK, katanya.
Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang ‘contingent liabillities’ sudah ke paras RM97 bilion.
"Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat (dalam negara, bukan hutang luar) terhad pada paras 55 % dari KDNK.
"Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK!
"Sebab itu, The Eddge FinancialDaily hari Isnin membawa laporan muka depannya dengan tajuk hutang awam sudah tidak lagi ‘sustainable’ atau tidak mapan (lestari)," katanya dalam kenyataan itu.
Bagi beliau, Najib sekali lagi mahu ‘mengelabui’ mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan).
Katanya, memang sudah 13 tahun kerajaan BN terus-terusan berbelanja besar lantas berhutang besar..samada masa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi –pump-priming..wirid biasa mereka!
"Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!" kata beliau.
Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan keperitan dan beban rakyat..."dan tak payah nak mengelabui mata rakyat lagi!"
Sebelum & Selepas MERDEKA : Statistik PILIHANRAYA
Pada tahun 1955, semasa pilihan raya perbandaran yang pertama diadakan di Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memenangi hampir semua kerusi kecuali satu daripada 54 kerusi yang dipertandingkan. Ini adalah disebabkan oleh keghairahan Merdeka.
Pada tahun 1957, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1959, dua tahun SELEPAS Merdeka, semasa pilihan raya parlimen yang pertama diadakan di Tanah Melayu, Parti Perikatan memenangi hanya 74 daripada 104 kerusi iaitu 52% daripada undi popular. Parti memerintah kehilangan 30 kerusi sedangkan dua tahun SEBELUM Merdeka mereka hanya kehilangan satu kerusi.
Pada tahun 1963, Malaysia telah ditubuhkan, dan pada tahun 1964 Parti Perikatan telah pulih. Parti pemerintah itu memenangi 89 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan iaitu meraih hampir 59% undi popular.
Pada tahun 1969, Perikatan berjaya mendapat 95 daripada 144 kerusi. Undi popular jatuh di bawah 50%. Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, terpaksa meletakkan jawatan tidak lama selepas itu.
Pada tahun 1974, tidak lama selepas Barisan Nasional (BN) telah ditubuhkan, parti pemerintah memenangi 135 dari 154 kerusi. Undi popular juga meningkat kepada hampir 61%. Tetapi kali ini ia di bawah Perdana Menteri, Tun Abdul Razak - Perdana Menteri kedua Malaysia.
Pada tahun 1978, parti pemerintah hanya memenangi 130 daripada 154 kerusi yang dipertandingkan. Undi popular merosot hampir 57%. Ia ketika di bawah Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, yang telah menangguh lebih daripada setahun sepatutnya (beliau menunggu terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya).
Pada tahun 1982, parti pemerintah memenangi 132 daripada 154 kerusi dan mendapat hampir 61% daripada undi popular. Ini di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Keempat Malaysia, yang mengambil alih jawatan tersebut hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya.
Pada tahun 1986, prestasi parti pemerintah merosot sedikit. Ia hanya memenangi 148 daripada 177 yang dipertandingkan dan mendapat kurang daripada 56% undi.
Pada tahun 1990, pilihan raya diadakan selepas krisis Umno yang menyebabkan perpecahan kepada Umno Baru dan Semangat 46 - prestasi parti pemerintah merosot lagi kepada 127 daripada 180 kerusi dan mendapat kira-kira 53% daripada undi popular.
Pada tahun 1995, parti pemerintah kembali pulih dan memenangi 162 daripada 192 kerusi dan mendapat hampir 65% daripada undi popular, sebahagiannya adalah kerana pembangkang beradadi dalam keadaan huru-hara. Semangat 46 dibubarkan tidak lama selepas itu dan kebanyakan pemimpin / ahlinya menyertai semula Umno.
Pada tahun 1999 (akibat perpecahan dalaman Umno dan pembentukan Parti Keadilan Nasional) prestasi parti pemerintah merosot kepada 148 daripada 193 kerusi dan hanya mendapat 56% daripada undi popular.
Pada tahun 2004, parti pemerintah pulih dan memenangi 198 daripada 219 kerusi dan mendapat lebih daripada 64% undi popular. Ia ketika di bawah Perdana Menteri baru, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambil alih hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya.
Pada tahun 2008, parti pemerintah hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi dan mendapat hanya 52% undi popular. Tun Abdullah terpaksa meletak jawatan tidak lama selepas itu.
Pengundi Malaysia terlalu sangat bermurah hati sepanjang tempoh berbulan madu (seperti 1955, 1964, 1974, 1978 dan 1982) tetapi akan menghukum parti pemerintah apabila terdapat pergolakan dalaman (seperti 1969, 1990 dan 1999). Jadi, ketika Malaya melihat kemerdekaan, ketika Malaysia dibentuk, ketika Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang baru dan Perdana Menteri masih dalam tempoh berbulan madu, dan banyak lagi, parti pemerintah berjaya melakukannya (pilihanraya) dengan baik. Apabila parti pemerintah menghadapi persengketaan dalaman atau tempoh bulan madu sudah tamat, ia akan menderita.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan pada tahun 2009, lebih daripada dua tahun yang lalu. Dia sepatutnya memanggil untuk pilihan raya umum ketika dia masih menikmati tempoh bulan madu seperti apa yang dilakukan Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kini, tempoh bulan madu sudah berakhir. Orang ramai tidak suka lagi kepada Najib seperti yang mereka lakukan apabila dia mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009. Dan, statistik di atas sudah menunjukkan, apabila tempoh bulan madu sudah berakhir, anda tidak lagi mendapat sokongan rakyat.
Najib akan berjaya dengan lebih baik jika dia telah memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2010. Jika ia menunggu sehingga 2012 atau 2013, dia akan menderita (jika tidak beliau kekal menjadi PM untuk tiga atau empat tahun lagi). Dan semakin lama ia tunggu lebih teruk lagi untuknya.
Bagi pembangkang, ia adalah lebih baik jika pilihan raya umum dipanggil lambat dan bukannya awal. Malah, jika pilihan raya diadakan sekarang, ia akan menjadi situasi 50:50. Kedua-dua pembangkang dan parti pemerintah akan menghadapi satu tugas yang sukar.
Lihat kembali pada tahun 2010, pembangkang tidak melakukannya dengan baik. Parti pemerintah akan berjaya mendapat semula beberapa 'kehilangan' pada tahun 2008. Pada tahun 2012 atau 2013, pembangkang akan mampu untuk melakukannya dengan lebih baik.
Jadi, 'masa' lebih berpihak kepada pembangkang dan lebih lama masa diambil, lebih baik. Masa tidak memihak kepada Najib, dan lebih lama masa diambil, lebih buruk untuknya.
Itulah yang ditunjukkan oleh statistik dan statistik tidak berbohong.
Najib beri bayangan PRU-13 makin dekat
Meskipun tidak secara langsung menyatakan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu malam semalam terus memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.Menurut Bernama, ahli parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri yang ditemui selepas perjumpaan itu dipetik berkata pada pertemuan itu Najib mengingatkan para pemimpin dan semua anggota parti supaya bersiap sedia.
"Najib berkata ia boleh menjadi satu lagi lawatan atau tiada lagi lawatan... jadi ia boleh jadi sangat dekat.
“Tetapi, adalah penting bagi semua anggota parti untuk bersiap sedia," kata Abdul Rahim yang juga adalah Timbalan Menteri Pengangkutan dipetik agensi berita nasional itu.
Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.
Menurut beliau, presiden Umno itu juga mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin parti bahawa tiada ruang untuk mereka yang tidak menunjukkan taat setia.
"Ia bukan mengenai Najib atau para pemimpin parti tetapi ia mengenai parti dan juga masa depan BN. Saya percaya ia satu mesej kuat bahawa kita akan pergi "berperang" (pilihan raya umum)," katanya lagi.
Perjumpaan kira-kira dua jam itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Terdahulu, Najib diiringi Musa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira 45 minit di Istana Negeri.
Hari ini, Najib yang juga Pengerusi BN dijadual melawat Lahad Datu.
