Saturday, April 21, 2012

PRU-13:Punya terdesak smpai wat undang2 menyekat sume parti politik.Baik SPR tukar jadi Parti je?




Artikel 26 yang telah dipinda:

Batasan pada hari mengundi ~

26. (1) Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi- 


(a) mengadakan, memnaggil atau mengaturkan di mana-mana tempat apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apaapa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpuan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya; 


(b) memberi atau membekalkan apa-apa alat muzik atau pembesar suara kepada mana-mana orang dengan tujuan supaya  alat muzik atau pembesar suara itu digunakan oleh mana-mana orang dengan apa-apa cara atau digunakan didalam atau apa-apa vesel, binatang, motokar, trak, atau kenderaan lain mana-mana alat muzik atau pembesar suara itu; 


(c) membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan sesuatu pilihan raya selain pejabat yang dibuka atau ditubuhkan atau disenggarakan menurut subseksyen 24B(2) atau bilik jawatankuasa yang disewa menurut perenggan 14(1)(b); 


(d) menggunakan mana-mana rumah kediaman, rumah kedai, pondok, dewan atau mana-mana premis lain sebagai pejabat atau pusat mana-mana parti politik di dalam bahagian pilihan raya itu; (e) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi- 


(i) cuba menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tempat mengundi; 


(ii) menyemak dalam mana-mana senarai  nama mana-mana orang yang memasuki atau meninggalkan sesuatu tempat mengundi; 


(iii) merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk mana-mana orang supaya tidak mengundi dalam pilihan raya itu, atau supaya mengundi atau tidak mengundi manamana calon dalam pilihan raya itu; 


(iv) menunggu atau berdiri-diri kecuali bagi maksud membolehkannya masuk ke tempat mengundi untuk membuang undinya tetapi  tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh menghalang pegawai  yang hak atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pegawai yang hak itu daripada menjalankan tugasnya berhubung 
dengan penjalanan sesuatu pilihan raya; 


(f) bagi pihak mana-mana calon, merayu undi pemilih di dalam mana-mana bahagian pilihan raya bagi menyokong atau menentang mana-mana calon  atau parti politik dalam sesuatu pilihan raya dengan apa-apa cara jua termasuk melawat pemilih di rumah atau di tempat kerja mereka atau menemu ramah orang ramai; atau 


(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang, atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik. 


(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama  tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya. 


(3) Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.


Pada PRU kali ini, PONDOK PANAS dihapuskan sama sekali. Jarak 50 meter juga dihapuskan sama sekali. Kita tidak lagi dibenarkan bertanya, soal dan menahan mereka yang kita curigai PENGUNDI HANTU, PEMEGANG IC PALSU, MAT BANGLA ATAU MAT INDON YANG MUNGKIN MENYAMAR SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.


Sumber

Friday, April 20, 2012

SPR:Malaysia Boleh Zombie Pru-13

SPR tukar jawatankuasa BERSIH jadi 'zombie'
Seorang anggota jawatankuasa BERSIH Liau Kok Fah antara 'mayat hidup', sekiranya daftar pemilih boleh dipercayai.

Ketika hadir dalam sidang media BERSIH di Kuala Lumpur hari ini, Liau yang kelihatan sihat berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kepadanya bahawa beliau "meninggal dunia" pada 1970.

"SPR sahkan bahawa nama saya dikeluarkan daripada daftar pemilih sebelum pilihan raya umum 2008 disebabkan perkara ini," kata lelaki 50 tahun itu.

Suruhanjaya itu didakwa menasihatkannya mendaftar kembali sebagai pengundi.

Liau -- yang berjaya mengundi pada 2004 walaupun diisytiharkan "meninggal dunia" -- mengakui SPR memasukkan semula namanya ke dalam daftar pemilih.

Maher Zain - Mawlaya - Official Lyrics Video

Maher Zain - Forgive Me | Album Advert - New 2012

Maher Zain:Guide Me All The Way 2012



Guide Me All the Way Lyrics

By: Maher Zain

I know that You could easily

Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Chorus:
Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do
I do forget that my last breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
Somy my last wish is for You to be pleased with me

CHORUS

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my hear
‘Cause soon I’ll have to leave it [X2]

CHORUS [X3]

Guide me all the way
Don’t let me go astray

Lyrics, Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

Kelab TIBAI:mcm2 pertubuhan wujud.xde ke agenda y lbh baik lg.rasuah ke,lembu ke,?

KUALA LUMPUR: Sebuah kelab terbaru, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu dari arus politik perdana.

TIBAI kini dianggotai 28 Ahli Majlis Syura yang juga terdiri daripada bekas rakan karib Anwar dan penasihat kelab ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor.

Menurut Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, TIBAI juga menumpukan Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah untuk melaksanakan pelbagai program untuk melestarikan agenda besar menolak habis-habisan Anwar.

Katanya, pelancaran akan diadakan pada 22 April (Ahad) jam 8.00 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Majlis pelancaran itu juga akan disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Antara penampilan istimewa dalam majlis pelancaran itu nanti termasuklah Umi Hafilda, Datuk Shazril Eskay Abdullah, Wee Choo Keong, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Anuar Shaari.

“Orang ramai boleh menyertai kelab ini secara bai’ah (nyatakan ketaatan dan kesetiaan). Kita tubuhkan kelab ini agar rakyat sedar dan terus menolak Anwar habis-habisan.

“Kita sedar Anwar akan kata tindakan ini tidak menguntungkan dan ia kerja Umno. Tapi kita bekas anggota pemimpin PKR akan turun sebagai task force baru dalam bentuk program seperti gerakan sumpah keramat,” katanya.

Antara yang hadir dalam sidang media itu termasuklah bekas-bekas rakan karib Anwar antaranya, Ng Lum Yong (bekas pengasas PKR), Senator Datuk Nallakaruppan, Abd Ghani Haroon (Exco Pemuda Keadilan Nasional), Wan Indera Putera (Setiausaha PKR Selangor) dan Mohd Nazmi Rosli (Setiausaha Perhubungan PKR Selangor).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...