Wednesday, May 9, 2012

Durian Runtuh:Lebihan RM3.942billion wat belanja PRU-13 kot??bagi peneroka RM1.689billon!!Bijak2??25%..

'Peneroka Felda berhak dapat RM50,000 sekeluarga'
ULASAN PKR telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka Felda.
NONEProses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. Felda akan menjual 59 peratus daripada pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru.

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65.

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion.

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion.

NONEJumlah keluarga peneroka Felda di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka.
Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, PKR berpendapat Datuk  Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30 peratus (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) daripada dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70 peratus daripada jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama PKR kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Datuk Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh Felda kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. PKR mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Tuesday, May 8, 2012

Rasuah:USD1 billion rasuah yang melibatkan maruah PM kita?Mana NGO mesra Umno ni..

Scorpene: Media dicabar siar skandal USD1 bilion

Harakahdaily, 08 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar media arus perdana di Malaysia untuk menyiarkan berita dan maklumat mengenai skandal kapal selam Scorpene serta dakwaan rasuah USD1 bilion terhadap Perdana Menteri Malaysia yang sedang hangat dibicarakan di mahkamah Perancis.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini sekiranya media-media utama negara ini benar-benar bebas dari kongkongan Umno BN.

Bagi DPPM, ujarnya berita mengenai skandal ini lebih penting untuk difokus kerana ia melibatkan maruah pemimpin tertinggi negara.

“Maklumat dan berita ini amat berharga memandangkan faktanya diyakini benar kerana sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah,” katanya lagi.

Menurutnya, mustahil mahkamah Perancis mengambil fakta berbaur fitnah yang tidak ada nilai kerana mereka mempunyai kredibiliti yang perlu dijaga.

Beliau berkata, ia lebih baik daripada berita fitnah mengenai aksi lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

DPPM hairan, kata beliau mengapa tidak sedetik pun media perdana di Malaysia memaparkan berita seperti itu sedangkan media antarabangsa sedang heboh membicarakannya.

“Mungkinkah media-media telah diarahkan oleh kerajaan untuk menapis dan tidak menayangkan walau sesaat berita ini supaya rakyat di negara ini tidak tahu menahu berita mengenainya?” soalnya.

Sebaliknya, ujar beliau agak pelik apabila media diberikan ‘lampu hijau’ untuk memaparkan berita fitnah berunsur lucah terhadap pemimpin PR.

“Adakah ia bagi mengalih isu utama yang sedang membelit pemimpin negara?

“Jika fakta ini benar, DPPM berasa amat kecewa kerana media di negara ini masih diperkudakan sedemikian rupa demi kepentingan pihak penguasa,” ujarnya lagi.

Ini, katanya menunjukkan bahawa demokrasi di Malaysia hanyalah khayalan yang diimpikan.

Justeru, tambah beliau tidak hairanlah jika rakyat sanggup bangkit berhimpun bagi mendesak sebuah sebuah demokrasi yang yang tulen.

Akhirnya, kata Riduan DPPM menegaskan bahawa tugas media adalah memaparkan kebenaran untuk maklumat dan pengetahuan rakyat.

“Kebenaran perlu disingkap meskipun ia amat pahit untuk ditelan dan melibatkan pemimpin tertinggi negara,” katanya.

Beliau berkata, media perlu dibebaskan dari pengaruh mana-mana pihak supaya mereka dapat membuat liputan secara adil.

Tegasnya, DPPM yakin, media akan mendapat kebebasan sepenuhnya hanya jika Pakatan Rakyat memerintah kelak.

HarakahDaily

Durian Runtuh:Kenyataan Presiden Anak Mazlan Aliman

Durian Runtuh: RM1,689 bilion datang dari mana?

Mazlan Aliman, 08 Mei 2012

'Durian runtuh' yang diumumkan YAB Perdana Menteri di Felda Jengka 8 hari ini sangat di alu-alukan. Namun tidak memeranjatkan saya. Ia telah dimaklumkan 4 hari yang lalu kepada saya dan telah pun saya sebut dengan tepat dalam kenyataan media saya dan di ulang dalam ceramah-ceramah saya.

Meskipun jumlah 1.689 bilion yang diagihkan kepada 112,635 orang peneroka Felda adalah agak besar, tetapi tidaklah sampai 'peneroka tersandar dalam kejutan' seperti PM katakan sebelum ini di Felda Triang 3, Bera. Ia diberi dalam tiga fasa untuk Peneroka, Penerokawati dan Generasi Kedua. Bonus Khas dua bulan setengah gaji untuk 23 ribu kakitangan Felda sesuatu yang tidak berbaloi dengan pengorbanan mereka lebih 25 tahun berkhidmat dengan Felda.

ANAK tidak pernah menolak sebarang pemberian atau insentif yang mahu diberikan kepada para peneroka. Tetapi biarlah kita berhujah secara matang. Kenapa baru sekarang setelah lebih 55 tahun Felda ditubuhkan?

Adakah ini sandiwara politik kerana bimbang akan senario perubahan sikap warga Felda kepada Barisan Nasional?

Siri-siri saman di Kemahang 3, Gugusan Serting, Bera, Jengka, Maokil dan yang terkini di Gugusan Chini, kawasan Parlimen Pekan; tempat PM sendiri?

Gelombang kebangkitan anak-anak muda Felda dapat disaksikan melalui sokongan mereka bersama program-program ANAK dan ceramah Pakatan Rakyat. Saya yakin ini dalam makluman PM dan membimbangkan beliau. 54 Parlimen yang ada Felda adalah kubu terakhir BN.

Walau bagaimanapun, memandang kehadapan; adakah berbaloi gula-gula one off seperti ini?
Berapa lama lagi BN nak bermain politik dengan taktik lama untuk mendodoikan rakyat agar terus menyokong mereka?

Atau; ini dilakukan untuk 'menutup mulut' peneroka agar jangan mempersoalkan keghairahan Kerajaan menyenaraikan Felda Global Venture di Bursa Malaysia?

Penipuan mereka melalui 7 buah Bank iaitu CIMB,BIMB,Maybank, OCBC, Am Islamic Bank, Muamalat dan Affin Bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FGVH sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, interest 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' adalah antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!

125 peneroka Felda adalah sebahagian daripada ribuan lagi peneroka yang telah tertipu kerana menandatangani Borang Perjanjian Pinjaman yang mereka tidak tahu apa-apa. Mereka tidak dapat membezakan antara 'durian runtuh' dengan pinjaman saham FGVH. Mereka memfailkan Injunksi di Mahkamah Tinggi Seremban semalam kerana teramat bimbang daripada risiko pinjaman yang boleh sahaja TERGADAI aset mereka.

Perdana Menteri beri jaminan tanah peneroka tidak akan tergadai. Adakah PM tidak membaca hampir 70 mukasurat dalam Borang Pinjaman FGVH yang secara jelas dinyatakan dengan terperinci nasib peneroka jika harga saham merudum dan segala risiko di tanggung Peneroka?

Adakah PM tidak mengambil iktibar nasib Felda Cahaya Baru, Felda Sg Buaya, Felda Labu Johnson dan Sendayan yang hilang tanah mereka dan hidup menderita  seperti pepatah ' menang sorak kampung tergadai'?

Mana pergi pemimpin BN tatkala Amanah Saham Negeri-negeri gulung tikar hingga menyebabkan rakyat hilang harta dan diisytiharkan muflis kerana meminjam bank untuk melabur?

Amanah Saham Johor adalah bukti yang amat jelas. Adakah PM, Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh beri jaminan bertulis yang saham FGVH tidak rugi sepertimana nasib pelabur Amanah Saham Negeri-negeri dan juga saham-saham lain seperti KUB, BERNAS dsbnya?

PM tidak perlu sebut ' haram jadah' yang di ulang dua kali dalam ucapannya tadi kalau dia rasional. Datuk Ahmad Maslan tidak perlu hentam dan cabar saya seperti diungkapkannya tadi. Kenapa terlalu marah hingga tega memaki hamun di hadapan khalayak ribuan warga Felda.

Sebagai pemimpin biarlah ada wawasan. Peneroka Felda sudah ada tanah dan rumah. Untuk survive, telah memadai. Daripada 1.6 juta warga Felda, 65 peratus adalah generasi kedua. Ini tempoh peralihan yang sangat kritikal untuk mereka.

Mana dia halatuju anak muda Felda?

Perumahan mereka, pendapatan yang lebih stabil atau mereka cuma penonton yang melihat para kroni pemimpin BN memunggah kekayaan setiap hari?

Fikir dulu mana rumah Generasi Ke 2 daripada beri peruntukan RM5 ribu untuk orang lain.
Tidakkah kewujudan Techno Plant Sdn adalah untuk tembolok pemimpin Umno?

Sama juga wujudnya Felda Global Venture bagi tujuan memindahkan harta peneroka berbilion ringgit untuk digunakan UMNO/BN bagi PRU 13?

Saya cabar PM umum peruntukan RM1,689 bilion datang dari mana?

Berapa yang kroni bayar kepada Isa Samad, Sabri Ahmad, adik PM Nazir Razak(CIMB)para penasihat umpamanya Omar Ong (Ethos) dan lain-lain?

Mereka ini ibarat Sadeq Sigara dalam Filem 3 Abdul yang membuat untung dengan menipu peneroka... akhirnya peneroka dilelong dengan harga yang murah!

ANAK konsisten dengan perjuangan bagi kehidupan Generasi Kedua Felda. Para cendekiawan, intelektual dan umumnya anak-anak peneroka bersedia untuk menerajui perubahan di Felda. Seharusnya mereka di beri peluang merencana transformsi di Felda.

Kenapa Isa Samad dilantik PM sebagai Pengerusi Felda?
Mana perginya karisma puluhan ribu cerdik pandai anak-anak peneroka?
Tidak layakkah mereka jadi Pengerusi Felda dan memegang jawatan penting dalam Anak-anak Syarikat Felda?

Kenapa semuanya dibolot Isa Samad dan kroni-kroninya?

Seharusnya halatuju Felda diterajui oleh Anak Felda. Penambahbaikan Koperasi Felda, pengendalian kebun peneroka, aktiviti tanam semula, pembangunan infrastruktur, pengembangan Anak-anak Syarikat dll berilah kepercayaan dan amanah ini kepada mereka. Bukan diterajui oleh ' para lanun' yang tidak ada seinci tanah pun di Felda!

Pengumuman PM bukan suatu Transformasi. Sebenarnya beliau dan pemimpin BN lah 'jaguh kampung' yang tidak punya kreativiti strategik. ANAK dan Pakatan Rakyat menawarkan gagasan seperti Buku Jingga yang bersifat menyeluruh untuk tempoh yang panjang.

Pengagihan Tanah Felda Plantation, penubuhan Universiti Felda, Kouta penguasaan Anak Peneroka dalam Anak-anak Syarikat Felda; hakikatnya inilah pemikiran global yang menjanjikan kehidupan lebih meyakinkan untuk Anak-anak peneroka Felda.

Bagi saya, pengumuman PM tidak lebih untuk mengekalkan kuasa politik BN di Felda semata-mata. Ia mungkin menyukakan peneroka tetapi amat mengecewakan anak muda Felda. Generasi ke 2 dan ke 3 akan terus termenung panjang memikirkan nasib mereka pada hari-hari mendatang yang kian samar.

PRU-13:Selepas 14 Mei Sambutan UlangTahun UMNO 66..Parlimen Bubar?

Parlimen dibubar selepas sambutan 66 tahun Umno?

Parlimen dibubar selepas sambutan 66 tahun Umno?TEMERLOH- Ahli jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen secara mengejut sejurus selepas sambutan ulang tahun Umno ke 66 minggu hadapan.
Katanya, beliau mendapat maklumat Najib tidak akan menangguhkan lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada bulan Jun ini juga berdasarkan perkembangan semasa.
“Kes skandal rasuah kapal selam Scorpene RM3 bilion yang dikaitkan dengan Najib yang sedang dibicarakan di Peranchis akan memberi kesan jika PRU diadakan lebih lewat.
“Kita jangkakan kerajaan juga sudah menghadapi masalah kewangan setelah pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih banyak menimbulkan kontroversi kerana ada yang tidak puas hati tak dapat,” katanya.
Jelasnya, isu himpunan Bersih 3.0 yang diramalkan memberi kesan negatif kepada kerajaan kerana keganasan polis terpaksa dilupakan Najib berikutan beberapa isu mendesak itu menyebabkan tekanan supaya PRU terpaksa diadakan dalam masa terdekat.
Idris menjelaskan demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Kali Ke-30 di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini, semalam.
Tambah Idris, Umno akan mengadakan perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei bagi menunjukkan kekuatan parti itu kepada umum dan kemungkinan parlimen dibubar 14 Mei.
“Jadi dalam masa terdekat ini kita mesti menggembelengkan segenap peluang yang ada untuk menarik sokongan orang Melayu dan kita terangkan bagaimana kita boleh menjaga Melayu lebih daripada Umno,” tegasnya.
Mengenai Pemuda, Idris berkata pentingnya sayap tersebut kepada parti pada masa ini ialah kerana fikrah yang jelas, menguasai teknologi bermaklumat, masih bertenaga untuk dimanfaatkan parti dari segi fizikal dan masih kurang beban untuk komited dengan program.
Jelasnya lagi, menurut kajian majoriti golongan muda pada masa ini bersama Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan jumlah yang besar menghadiri himpunan Bersih baru-baru ini.
Sementara itu Idris berkata pengguna facebook di negara ini menjangkau 9 juta orang dan beliau menjangkakan kuasa tersebut mampu mengalahkan BN dalam PRU akan datang sebagaimana kuasa blog menghukum parti itu pada PRU 2008 dulu.
Katanya, dapat diperhatikan dengan jelas laman facebook dapat menyaingi isu-isu yang menjadi propaganda Umno dan kerajaan melalui media tradisional kerana maklumat disampaikan lebih pantas.
Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz yang berucap sebelum itu mengarahkan pemuda bersiap siaga menjaga bendera-bendera PAS kerana beliau menerima maklumat bendera yang tergantung di temapat strategik sekitar Jengka akan diturunkan sempena lawatan Najib ke Jengka 8 pada 8 Mei ini untuk mengumumkan durian runtuh kepada peneroka-peneroka Felda.
Dalam majlis yang sama selepas itu, Pemuda PAS Pahang memberi anugerah kepada tokoh Pemuda Amal, pengusaha Pasti yang berjaya dan guru-guru Pasti yang cemerlang di negeri ini.

--Harakahdaily

Durian Runtuh:PM Kita memang kaya raya..Tabur je??

PM: RM15,000 setiap peneroka, bonus tambahan k'tangan Felda
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.
  
Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.
Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000 kepada anak-anak mereka.

Langkah tersebut dilihat bertujuan untuk menyenangkan hati semua segmen masyarakat Felda, khususnya generasi kedua - yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk mendapatkan sokongan.
Dalam pengumuman itu yang disiarkan secara langsung di televisyen nasional, Najib mengambil sikap yang berbeza daripada kelazimanya, dengan mengecam pembangkang dan pengkritik rancangan penyenaraian FGVH, di hadapan ribuan peneroka Felda, yang menjadi lubuk undi untuk BN.

Katanya, beliau mahu melihat muka mereka (pengkritik) sama ada mereka akan menerima durian runtuh itu atau tidak, sambil menegaskan bahawa pemberian itu adalah untuk peneroka yang "jujur dan setia kepada kita".

Bonus tambahan kakitangan Felda
Selain mengumumkan pemberian durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka, perdana menteri turut mengumumkan kejutan dua setengah bulan bonus tambahan kepada semua kakitangan Felda.

Tegasnya, kakitangan Felda tidak dilupakan - dari pihak pengurusan atasan kepada kakitangan bawah - semua akan menerima bonus tambahan di atas bonus tahunan yang mereka telah terima.

Antara faedah lain untuk peneroka termasuklah peruntukan 20 peratus saham FGVH ke dalam dana amanah yang mana dividennya akan dibayar kepada peneroka jika terdapat keuntungan.

MalayisaKini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...