Saturday, March 24, 2012

Yang ni baru Kita Taw ckit..y salahguna pemimpin2 lain2 blum kuar berita lg.

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je

Abdul Aziz Mustafa, 23 Mac 2012

(Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.


Harakah

Pakatan Rakyat jangan leka dan alpa.Alang2 pilihanraya 5 tahun skali,baik tawan negeri sume skali.

Pakatan Rakyat "jangan syok sendiri"..

Memang seronok membaca telahan bekas Menteri Kewangan dan veteran Umno, Daim Zainuddin. Jika menjelang Pilihan Raya Umum 2008 beliau meramalkan BN kalah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, kali ini beliau hanya menjangka Johor, Melaka dan Pahang dapat memberi kemenangan mudah buat gabungan parti yang memerintah sejak merdeka itu.

Beliau juga melihat Negeri Sembilan dan Perlis sukar dipertahankan BN, difaktorkan oleh perpecahan dalaman Umno yang teruk. Tidak pasti pula bagaimana tanggapannya terhadap Terengganu, negeri yang masih dianggap kubu kuat PAS dan turut menyaksikan pergolakan kepemimpinan Umno.

Yang jelas, Daim tidak menyenaraikan Terengganu bersama tiga negeri selamat di selatan itu. Apa pun, BN dilihat memang tidak berpeluang di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi masih ada ruang di Kedah dan Selangor, dengan syarat menampilkan kepimpinan sesuai -- sesuatu yang paling sukar dilakukan Umno.

Sebut saja nama Ahmad Bashah Md Hanipah di Kedah dan Noh Omar di Selangor, saya yakin, persepsi pengundi kepada Umno sukar diubah.

Untuk mengekalkan Perak (yang direbut BN melalui rampasan kuasa) akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, kata Daim. Menurut pemerhati politik, Umno negeri itu juga hebat bergolak dan kedudukan Dr Zambry Abd Kadir dilihat goyah. Pengalaman setahun di bawah Menteri Besar Nizar Jamaluddin pula memikat hati pengundi.

Tentulah lega para aktivis dan penyokong Pakatan Rakyat mendengar pandangan Daim, ketika ditemubual akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau, yang disiar pada 20 Mac itu.

Ditambah dengan analisis politik bekas Adun Pulau Manis, Pekan, Ariff Sabri Abd Aziz, bahawa Sabah dan Sarawak -- selama ini dianggap deposit tetap BN -- bakal menghadiahkan hampir 20 kerusi Parlimen kepada Pakatan.

Manakala Johor yang dianggap Daim sebagai selamat buat BN, sebenarnya menimbulkan kerisauan amat sangat kepada Muhyiddin Yassin dan Ghani Othman. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Ming rasanya mempunyai cerita menarik tentang perkembangan terkini di sana.

Kepada pembaca yang sering mengikuti tulisan saya, tentu dapat mengagak bagaimana saya cuba menafsirkan situasi seumpama ini. Agak kerap saya melontarkan pelbagai persoalan dan tanda tanya sehingga boleh memancung rasa lega dan seronok aktivis Pakatan itu.

Ya, saya lebih suka melihat realiti politik dalam konteks "situasi terburuk yang mungkin berlaku", dan dengan itu masih berupaya untuk merancang dan melakukan penambahbaikan atau "mengetatkan skru yang longgar".

Dalam bahasa mudah, saya cuba mengingatkan, "jangan syok sendiri" atau membunyikan "loceng amaran" lebih awal agar tidak mudah leka dengan ramalan (malah tinjauan di lapangan) yang sebenarnya bergantung rapat dengan bermacam-macam faktor, dan dalam politik ia boleh berubah dengan drastik sekali.

Rakyat kini berpeluang melihat, merasai serta menghakimi pemerintahan dan prestasi Pakatan, sepertimana mereka lakukan selama ini kepada BN.

Kalau pada 2008, pengundi membuat pilihan mungkin didorong oleh faktor amarah kepada BN, tidak puas hati dengan Abdullah Ahmad Badawi atau memprotes wakil rakyat setempat, sekarang prestasi Pakatan (kerajaan, GLC, ahli majlis dan wakil rakyat) turut dinilai, juga dengan kacamata kritis, malah mungkin secara lebih kritikal, dengan merujuk janji-janji atau manifesto yang dibuat.

Justeru, apabila mendengar keluhan penduduk yang terbabit dengan banjir kilat di Lembah Jaya Utara, Ampang dan sekitar Dusun Tua, Hulu Langat (tidak terkecuali rungutan aktivis parti yang membantu mangsa), dua minggu lalu, yang tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan negeri, saya menganggapnya sebagai hal serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Mangsa bah mungkin terharu dengan tindakan proaktif sukarelawan yang pantas membersihkan rumah mereka dan kawasan sekitar, serta menawarkan makanan dan pakaian percuma, namun penduduk mengharapkan lebih daripada itu, khususnya daripada sebuah kerajaan berkebajikan dan paling kaya!

Mereka mahu "jaminan keselamatan", misalnya dari segi sistem saliran dan sungai yang efisyen, agar tidak lagi fobia dengan hujan lebat yang bakal menenggelamkan, selain bantuan one-off di atas kerosakan harta benda yang begitu besar, dan menyegerakan proses pemulihan kemudahan infrastruktur, termasuk jambatan yang hilang dibawa arus deras.

Untuk 10 hari pertama, rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan negeri agak meluas. Kebetulan saya sering mengunjungi lokasi terbabit memandangkan jarak rumah saya tidak sampai 2km dari tempat kejadian.

"Jangan sampai peluang Pakatan untuk pertahan Selangor terjejas hanya kerana dasar terlalu berjimat cermat kita sehingga mangsa banjir berasa diabaikan. Takkan duit berbilion kerajaan negeri nak diwariskan kepada BN untuk difaraid sesama mereka?" tegur seorang aktivis PAS, seminggu selepas banjir kilat.

"Jangan jadikan isu yang mudah itu payah untuk diselesaikan," kata seorang profesor sains politik kepada saya, merujuk kejadian bah di daerah Hulu Langat. "Rakyat kalau marah, apatah lagi dekat dengan PRU13, parah jawabnya. Isu-isu kebajikan, berkaitan kos sara hidup dan keselamatan, cukup mempengaruhi undi mereka," tekannya lagi.

Alhamdulillah, Menteri Besar Khalid Ibrahim, pada Isnin lalu, membuat pengumuman yang melegakan. Daripada bantuan awal sebanyak RM300,000, Khalid, selepas majlis pembukaan sidang Dun Selangor, pada 19 Mac, menegaskan dua perkara penting.

Saya menyedarinya daripada posting anggota Exco Kerajaan Negeri, Iskandar A Samad dalam Facebook. Pertama, kerajaan negeri akan menanggung kos membaik-pulih infrastruktur yang musnah akibat banjir, termasuk pembinaan sebuah jambatan yang runtuh di Lembah Jaya Utara. Peruntukan adalah daripada geran Selangorku. Anak-anak syarikat kerajaan negeri, seperti PKNS, akan turut membantu. Kedua, bantuan bagi setiap keluarga yang terlibat dinaikkan kepada RM1,000.

Pimpinan utama Pakatan yang kini menerajui empat negeri, termasuk dua negeri terkaya, tentunya menyedari, kuasa yang tidak dikendalikan secara penuh amanah dan tanggungjawab, mudah terseret dengan pelbagai salahlaku.

Dakwaan bahawa anggota pentadbiran kerajaan negeri Pakatan turut terbabit dengan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan amalan pilih kasih tidak boleh diremehkan begitu saja. Tidak semestinya apabila tiada laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka segalanya dianggap beres dan bersih.

Soal integriti mesti dibudayakan dan menjadi prinsip penting. Sesungguhnya banyak amalan yang "salah daripada segi moral dan akhlak" boleh terlepas dengan mudah jika diteropong melalui kacamata undang-undang.

Dalam zaman langit terbuka ini, rakyat mampu membuat penilaian sendiri terhadap setiap dakwaan, sama ada kepada BN mahupun Pakatan. Prestasi Adun dan ahli Parlimen serta sikap sesetengah daripadanya yang mengabaikan kepentingan rakyat, yang turut dipersoalkan pengundi, juga perlu ditangani dengan serius.

Kolumnis Amin Iskandar merumuskan dalam satu tulisannya: "Jika khianat rakyat, tsunami yang melanda BN pada Mac 2008 tidak mustahil akan berbalik kepada Pakatan. Yang pasti, rakyat bukan lagi bodoh dan mudah untuk diperkotak-katikkan."

Sekadar beberapa tinjauan rambang di negeri-negeri tertentu, terutama selepas bercakap dengan pemimpin Pakatan akar umbi, khususnya penggerak PAS peringkat kawasan, saya dapati banyak perkara yang dilihat indah dari atas rupanya masih "berserabut" di bawah. Sesetengah aktivis ini terkepung dengan masalah yang tidak mampu diselesaikan sendirian. Mereka mengharapkan bimbingan pemimpin atasan, terutama melalui lawatan kerja dan program bersama rakyat.

"Ada pemimpin yang memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri seperti tidak mengambil berat soal aktiviti parti. Saya membayangkan jika mereka, yang lebih dikenali rakyat itu, dapat turun ke kawasan-kawasan yang bakal ditandingi PAS. Jadilah seperti Tok Guru Nik Aziz, yang tetap menjelajah ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun semua orang tahu Tok Guru kerap uzur," luahan hati seorang Yang Dipertua PAS Kawasan kepada saya.

"Semasa ramai ghairah mengimpikan penguasaan Putrajaya, saya nak ingatkan bahawa kubu kuat kita sendiri, Kelantan, jika tidak diberi perhatian serius, pun boleh terlepas, atau mengulangi situasi genting seperti selepas pilihan raya 2004," seorang pemimpin peringkat pertengahan PAS memberi amaran.

"Saya setuju pandangan Lutfi, apa pun keadaannya, PAS mesti mempertahankan negeri tradisi kita, khususnya Kelantan, dan juga Kedah. Kalau boleh, kita dapat ambil alih Terengganu semula. Ya, jangan pandang ringan cabaran Umno Kelantan," tegasnya kepada saya, sambil menekankan kerisauannya selama ini, agar PAS tidak dilihat ditolak oleh pengundi Melayu-Islam.

Tidak syak lagi, pertarungan dan perdebatan mengenai isu kontroversial mudah untuk diungguli Pakatan, tetapi bagaimana dengan persiapan dan tipu muslihat "di padang permainan" sebenar?


"Tapi, janganlah semua orang nak bercakap benda yang sama," tegur seorang pengkaji politik. "Misalnya, bila heboh isu NFC semua nak jadi macam Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli ... semua nak ceramah isu lembu. Patutnya, ada penceramah yang hadam masalah tempatan, dan timbulkan problem seharian audien, yang perlu ditangani segera," ujarnya.

Apabila Pengerusi Umno Negeri, Najib Razak kerap melafazkan keyakinannya untuk menawan kembali Selangor-- terbaru di Puchong Perdana, 18 Mac lalu -- mungkin ramai di antara kita melihatnya sebagai satu propaganda BN semata-mata. Saya tidak begitu! Saya cuba membacanya secara tersirat.

Difahamkan, timbalannya, Noh Omar dalam beberapa pertemuan dengan pihak media dan golongan akademik turut meluahkan keyakinan yang sama. Umno yakin Selangor dapat ditawan semula.

"Adakah kerana kerajaan Pakatan sendiri yang bermasalah, wakil rakyat tidak dekati rakyat, faktor Dr Hasan Ali ataupun senarai daftar pemilih?" tanya saya kepada sumber yang dekat dengan Noh.

"Daftar pemilih," jawabnya ringkas. "BN akan lakukan apa saja untuk rebut Selangor. Agensi strategik seperti SPR, JPN dan Majlis Keselamatan Negara sendiri akan digunakan," tambahnya. "Anggota Kabinet pun yakin, selepas mendengar taklimat, bahawa Pakatan boleh dikalahkan di Selangor," sambungnya.

"Tarikh PRU13 tidak akan ditentukan selagi Najib tidak yakin BN dapat menang di Selangor," demikian posting seorang rakan Facebook saya.

Saya kira Harakah dan kolum ini sendiri sering menimbulkan rancangan dan tindakan jahat Umno-BN ini; cuba menyelongkar dan membongkarnya. Namun ia tidak pernah menghalang mereka daripada meneruskan misi yang dirancang rapi itu.

Ya, saya hanya sekadar mengulangi peringatan ... dan melihat daripada perspektif "situasi terburuk" agar seluruh aktivis Pakatan memberikan sepenuh komitmen dan kebijaksanaan bagi menghalang tipu daya BN itu.

Harakah

Akhirnya Kamilia kena kerjasama.sbb aritu dah Baiah (ikrar setia)..

Wanita no 2 ikrar setia, enggan tarik gesaan awal
Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim akhirnya berikrar untuk bekerjasama dengan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi enggan menarik balik gesaan berundur yang disuarakannya sebelum ini.

umno 2007 wanita 071107 kamilia ibrahimKatanya, tindakan itu bagi memastikan kepimpinan pergerakan itu sentiasa utuh di semua peringkat untuk memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam Wanita Umno, menjadi kewajipan baginya untuk memastikan kemenangan BN, kata Kamilia (kiri).

Akhbar The Star kelmarin melaporkan Kamilia sebagai menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Najib:Cover Line abes luar dalam.Walaupn susah nk kerja psal lembu..

Najib: Tiada sebab Shahrizat harus undur dari Wanita
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal sebagai ketua pergerakan Wanita Umno.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata ini kerana Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua.

NONE"Maka, tiada sebab untuk beliau letak jawatan (sebagai ketua Wanita)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Wanita Umno bersama Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shahrizat dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kira-kira 7,000 anggota wanita dari seluruh negara menghadiri perhimpunan itu.

Najib berkata Shahrizat tidak harus dikorbankan atas kesalahan yang beliau tidak lakukan dan belum terbukti di mahkamah.

Perdana menteri berkata keputusan Shahrizat melepaskan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkuat kuasa 8 April ini menunjukkan kesanggupannya atas tanggungjawab moral yang tidak ternilai sifatnya.

"Shahrizat telah mengambil tanggungjawab moral meskipun belum ada bukti apa-apa kesalahan daripada segi undang-undang yang telah beliau lakukan tetapi oleh kerana isu ini membabitkan keluarganya maka beliau telah mengambil tanggungjawab moral, cara yang terhormat untuk melepaskan jawatan sebagai ahli jemaah menteri.

"Oleh kerana jawatan ketua pergerakan wanita merupakan jawatan yang dipilih oleh ahli-ahli dan mengikut dasar dan prinsip kita, selagi tidak ada apa-apa kesalahan yang terbukti, maka tidak ada sebab mengapa jawatan itu harus dikorbankan atau Datuk Seri Shahrizat meninggalkan atau melepaskan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno," katanya.

Pada 11 Mac lepas, Shahrizat mengumumkan untuk melepaskan jawatan menteri berkenaan apabila tempohnya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April namun beliau kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan BN.

Isu peletakan jawatan Shahrizat berbangkit apabila suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation didakwa menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

Pada 12 Mac lepas, Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.

Mengenai gesaan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim supaya Shahrizat meletak jawatan demi menjaga kredibiliti parti, pergerakan wanita, BN dan kerajaan, Najib berkata isu itu telah diselesaikan.

Perdana menteri berkata beliau, Muhyiddin dan Tengku Adnan bersemuka dengan kedua-dua pemimpin wanita itu di mana kedua-duanya berjanji untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi meraih kemenangan buat Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata Shahrizat dan Kamilia juga berjanji untuk turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin pergerakan wanita yang lain, bergerak sebagai satu unit kukuh dan jitu yang dapat menggalas tanggungjawab besar seperti ditetapkan parti kepada pergerakan itu.

Najib berkata tekad itu dapat dilihat menerusi ikrar yang dilafazkan semua anggota pergerakan itu pada perhimpunan di mana mereka sebulat suara menyatakan kesanggupan dan komitmen tinggi untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kemenangan besar buat BN pada pilihan raya akan datang.

"Pengakuan yang Wanita Umno buat ialah untuk menyokong kepimpinan saya dan Muhyiddin dan mendukung tanggungjawab menjamin kemenangan yang besar untuk pilihan raya akan datang serta menyokong kepimpinan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno," katanya.

Beliau berkata di sebalik isu antara Kamilia dan Shahrizat, moral Wanita Umno masih berada pada tahap tertinggi, kuat dan kukuh sepertimana ikrar yang dilafazkan bahawa pergerakan itu bersama kedua-dua pemimpin tersebut akan turun padang dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Kami akan memastikan mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan. Adalah penting bagi Wanita sebagai sayap parti ini memberi impak berkesan dan boleh berfungsi sepenuhnya serta bersungguh-sungguh," katanya.

- Bernama

Wanita UMNO Pulak Punah Ranah.Kamilia dakwa ssh nk kerja sbb lembu punya psai.

Wanita Umno negeri: 'Kamilia, jangan buat hal'
Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.

NONEMereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.

Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

umno 2007 wanita 071107 kamilia ibrahimAkhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (kiri) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

NONEKetua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

MalaysiaKini

Anwar:Pendidikan Percuma..PTPTN Batal..Alhamdulillah Jika tawan Putrajaya..Ayuh Orang Muda!!

PTPTN batal jika Pakatan tawan Putrajaya – Anwar

PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.- KD

Senang sungguh settle hutang.Lupus mcmtu je.PTPTN npe xlupus gak???

Hutang RM589 juta Tajudin dilupuskan
Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

MalaysiaKini

Wednesday, March 21, 2012

PRU-13:Analisis Politik Daim buat Najib tertekan tekanan tertekan.

PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim
Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

MalaysiaKini.

Tuesday, March 20, 2012

PRU-13:Najib terlampau yakin akan rampas Negeri Terkaya di Asia Tenggara.Bubar la Cepat2 ckit.Bleh Test Tgk??.

PRU-13: Najib yakin BN akan rampas Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bertindak untuk memantapkan jentera pilihan raya BN ketika spekulasi bertiup kencang bahawa ia akan diadakan tidak lama lagi.

najib puchong 180312Kira-kira 1,500, konvoi motosikal mengibarkan bendera BN sambil membunyikan hon dan enjin kenderaan semasa Najib memeriksa barisan mereka.

Pelancaran hari ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memacu sokongan BN dalam usaha untuk menawan semula Selangor dari Pakatan Rakyat .

Berucap pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, Najib kemudian bertanya kepada kira-kira lebih 5,000 hadirin jika mereka bersedia untuk ‘pertempuran’.

Mereka yang berpakaian kemeja-T BN berwarna biru bertindak balas dengan menjawap secara spontan "Ya".

"Ada kumpulan lain, saya tidak tahu dari mana mereka dapat T-shirt ini. Saya terkejut apabila melihat muka saya terpampang di baju mereka ... Adakah anda juga bersedia untuk bertempur?", soal beliau kepada kumpulan satu lagi dan juga disambut dengan jeritan, "Ya".

najib puchong 180312"Dan bagaimana pula kumpulan ketiga, mereka yangberpakaian lain, adakah anda bersama BN?" soalnya lagi dan juga terus mendapatkan sokongan mereka.

Menurut Najib, beliau yakin dengan keupayaan BN untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Ini, katanya, berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi Umno Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas Pakatan Rakyat gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

"BN cukup yakin. Pembangkang memang celaru, tengok banyak janji tak tunai, rakyat kena tipu, jangan kena tipu lagi, sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat insya-Allah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti," katanya.

najib puchong 180312Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

“Sudah cukup empat tahun pembangkang tadbir Selangor. Adakan janji ditunaikan? Adakah pentadbiran mereka betul?" kata Najib sambil menambah beliau teruja dengan sokongan padu ribuan penduduk setiap kali beliau turun padang di Selangor.

“Saya lihat hari ini satu kehadiran yang sangat meriah, sangat bersemangat dan cukup menyakinkan saya sebagai Pengerusi BN Selangor. Tahap keyakinan saya kini semakin bertambah dan kalau inilah gambarannya, insya-Allah Selangor kembali ke pangkuan BN.

"Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar," katanya.

najib puchong 180312Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Sepang merangkap kodinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau seterusnya mengumumkan pemberian bantuan RM100,000 untuk Surau Al-Sakinah di Taman Perdana Putra, dan RM200,000 untuk SMK Perdana Putra.

Semua Pemimpin2 Veteran dah mula angkat kaki..

Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

NONEAbdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.

abdul kadir sheikh fadzir quits 140206 tearsBeliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.

MalaysiaKini

PM:Memberi Amaran Jika BN gagal dpt 2/3 Majoriti..Aritu Ckp blagak sgt??

Parlimen 'tergantung' akibatkan 'mala petaka'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang dan tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas, maka ini akan membawa ketidaktentuan politik kepada negara.

Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Namun, pada masa yang sama perdana menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

foreign correspondents club fcc 190312"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, malam semalam.

Najib walau bagaimanapun mengakui tugas mendapatkan majoriti dua pertiga bukan sesuatu yang mudah.

“Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar. Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

“Namun, kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya.

Sunday, March 18, 2012

PRU-13:Semakin Hari Menjadi Topik Hangat?Ayuh Orang Muda!!

PRU13: Ramai pemerhati ramal bulan Jun
Ahmad Shukran Shaharudin10:52AM Mac 17, 2012

Bila tarikh Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan terus menjadi topik perbincangan dan bahan spekulasi menarik banyak pihak.

Baru-baru ini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke Sabah, beliau mengadakan satu perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah. Seorang pemimpin yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri mengingatkan bahawa pilihan raya semakin dekat.

Bagi anggota parti sama ada Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), kata-kata Najib yang juga Pengerusi BN sebenarnya lebih berupa peringatan kepada jentera parti BN di Sabah dan juga negeri-negeri lain supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa pun.

Namun ungkapan 'semakin dekat' itu jelas memberi isyarat pilihan raya umum bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Bahkan dalam kalangan rakyat cakap-cakap mengenai pilihan raya umum ke-13 kini menjadi perbualan harian apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat.

Menurut pemerhati politik ada beberapa fakta mungkin memberi petanda bahawa kemungkinan besar Parlimen dibubarkan pada Mei atau Jun, dan seterusnya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran satu pilihan raya umum diadakan.

Pemerhati politik menggariskan beberapa fakta kebarangkalian bagi menyokong telahan mereka bahawa Mei atau Jun bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13 Malaysia diadakan.
Fakta pertama ialah terungkainya kemelut gaji baru penjawat awam dengan pengumuman Najib pada 8 Mac lepas bahawa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Kemelut ini sangat penting diselesaikan terlebih dahulu kerana penjawat awam bukan membabitkan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara, yang memainkan peranan penting untuk melaksana dan menjayakan pelbagai dasar transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Fakta kedua menurut pemerhati politik adalah Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno 2010 tamat.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga semakin galak mahu semua jentera pilihan raya BN khususnya Umno bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang 'semakin dekat' ini.

Beliau dipetik sebagai berkata pilihan raya jarang-jarang melebihi empat tahun lebih, oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi.

Fakta bahawa pilihan raya hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013.

Fakta ketiga, Umno juga awal-awal lagi sudah menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, iaitu sehingga September 2013, dari tarikh kali terakhir diadakan pada Mac 2009, bagi mengukuhkan parti dan mengelakkan pergelutan jawatan di dalam parti demi untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mantap dan sepadu.

Fakta keempat, yang juga petanda positif pilihan raya Mei atau Jun adalah ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan kemajuan pada 2012 seperti laporan Oxford Business Group (OBG), firma penerbitan, penyelidikan dan perundingan risikan ekonomi global.

Laporan itu menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat, inflasi terkawal dan sektor kewangan teguh. Menurut laporan itu hasil prestasi kukuh di kebanyakan sektor ekonomi dalam tempoh 12 bulan lalu, Malaysia dijangka dapat mencapai prestasi lebih baik dalam 2012.

Fakta seterusnya tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat banyak pemerhati sebagai telah memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April.

Sebagai persediaan awal, SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya.

Seorang petugas yang dilantik SPR memberitahu Bernama bahawa pegawai SPR menyatakan sekiranya pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat, satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.

Pemimpin parti-parti politik terutamanya pembangkang dilihat sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 ialah awal Jun pada cuti sekolah.

"Ini kerana perbahasan Parlimen kali ini akan membentangkan beberapa rang undang-undang penting seperti pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memang telah dijanjikan pada persidangan kali ini," katanya. Katanya sekiranya pilihan raya tidak diadakan Jun ini, mungkin Perdana Menteri akan menunggu sehingga tamat penggal ke-12 mandat kerajaan pada tahun depan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata tiada masalah untuk mengadakan perasmian persidangan Parlimen yang baru selepas pilihan raya umum walaupun perasmian baru sahaja disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Mac lepas.

"Apa sahaja yang belum habis, Rang Undang-undang yang dibentangkan, usul dan sebagainya boleh dibawa ke persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang baru untuk dihabiskan, jadi tidak timbul masalah," katanya kepada Bernama.

- Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...