Monday, April 9, 2012

PTPTN:Pak Brahim ckap negara leh muflis klu mansuh!!Tapi rasuah xmufliskan negara pon.

Ibrahim Ali: Mansuh PTPTN negara muflis
Tindakan penuntut institut pengajian tinggi mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak masuk akal dan merupakan agenda politik parti pembangkang untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata walaupun pembangkang berjanji untuk menghapuskan PTPTN, namun ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Ini kerana, ia mengundang kepada banyak masalah, terutama menjejaskan sistem pendidikan negara dan boleh menyebabkan negara menjadi muflis.

NONE"Isu itu sengaja ditimbulkan oleh parti pembangkang sebagai agenda politik menjelang pilihan raya umum ke-13)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Hamid (I) di Pasir Mas, hari ini.

Sempena majlis itu, Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas turut menyampaikan sumbangan buku akaun Lembaga Tabung Haji kepada murid sekolah itu.

Beliau mengulas mengenai cadangan penuntut institusi pendidikan tinggi untuk mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka bagi menghapuskan PTPTN pada 14 April ini.

Ibrahim berkata usaha kerajaan melaksanakan skim PTPTN dapat mewujudkan suasana persaingan pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dan sekali gus meningkatkan mutu pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi.

- Bernama

PTPTN:Adakah pengundi muda bijak buat pilihan?

PM: Mansuh PTPTN beban k'jaan, perlu RM43b
Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri hari ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Perdana menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti-parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang ini.

najib etp speech 020412"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di yang dihadiri 50,000 rakyat di Stadium Batu Pahat di Batu Pahat, hari ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

azlanSebelum itu dalam ucapannya, Najib berkata beliau akan mengumumkan keputusan kerajaan tentang dasar gaji minimum pada akhir bulan ini.

Beliau juga mengumumkan kepada ribuan rakyat yang menghadiri program itu bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM6 juta bagi pembinaan pasar awam baru Batu Pahat.

Kerajaan menurutnya turut bersetuju untuk memperuntukkan RM3 juta bagi pembinaan pasar borong baru daerah itu.

Perdana menteri juga berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan bagi membaiki longkang-longkang yang tersumbat di bandar Batu Pahat.

- Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...