Friday, March 30, 2012

PRU-13:Klu p'raya serentak senang nk manipulasi undi.nt lpas kira undi.dtg undi pos berduyun2.ntah dr mne punca yer??

SPR harap negeri Pakatan ada p'raya DUN serentak
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan turut mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka serentak dengan pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata langkah itu akan dapat menjimatkan kos dan tenaga kerja.

"Saya harap elok ia dibuat serentak supaya SPR tidak buat kerja ulang-ulang kerana ia akan memakan kos yang tinggi dan masa yang banyak," katanya dalam temubual "Program Inovasi Perkhidmatan Awam" di stesen radio KL.fm di Angkasapuri hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata pemimpin mereka masih gagal mencapai kata sepakat sama ada akan mengadakan pilihan raya DUN Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan serentak dengan kerajaan persekutuan.

Sehingga Februari lepas, terdapat 12.6 juta pengundi berdaftar di negara ini, manakala hampir tiga juta individu yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi.

Abdul Aziz berkata Kuala Lumpur mempunyai jumlah paling tinggi individu yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi iaitu 33 peratus daripada hampir 1.1 juta penduduk yang layak mengundi.

"SPR tidak puas hati dengan keadaan ini. Kadar ini adalah jauh lebih tinggi daripada peringkat negara iaitu puratanya 19 peratus," katanya.

Ketika ditemui wartawan, pengerusi SPR itu berkata peningkatan mendadak pengundi berdaftar kebelakangan ini adalah trend biasa yang dapat dilihat pada waktu-waktu hampir dengan pilihan raya.

Beliau berkata sejak dua tahun kebelakangan, jumlah yang mendaftar sebagai pengundi ialah antara 250,000 dan 300,000 orang pada setiap suku tahun berbanding hanya 5,000 hingga 8,000 orang sebelum itu.

Abdul Aziz berkata SPR juga akan memulakan proses persempadanan semula kawasan dan membetulkan kesalahan pada lokaliti pengundi selepas pilihan raya umum nanti.

Proses persempadanan perlu dilakukan setiap lapan tahun dan kali terakhir ia dibuat ialah pada 2003.

- Bernama

PM & TPM:Melawat 14 negeri abes RM0.6 billion.Ketua bahagian markup ckit..Ketua cawangan markup ckit.

RM609j dilulus dalam 11 minggu lawatan PM, TPM
Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke seluruh negara.

Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac telah diserahkan semasa lawatan mereka ke 14 negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.

Pada 27 Mac lalu, Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar telah meminta Jabatan Perdana Menteri menyenaraikan semua peruntukan yang diluluskan untuk lawatan rasmi perdana menteri ke negeri-negeri berkenaan.

Malaysiakini

NFC:Dollah kata dalam politik rahsia orang jgn dedah semua.klu ada 20 peluru,tmbak 1 or 2 dlu

Dollah Kok Lanas: Shahrizat jangan 'berkokok'
Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berpandangan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga perlu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdullah berkata tindakan itu merupakan langkah yang ideal.

nst utusan merger forum 180107 abdullah ahmad kok lanasSenator itu boleh kembali semula ke pentas politik "hanya apabila kes itu berakhir" dan Shahrizat terbukti tidak terlibat dalam projek Fidlot Nasional, katanya.

Abdullah, yang simpati dengan nasib yang melanda Shahrizat itu, bimbang sekiranya skandal projek berkenaan akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum akan datang

"Kalau saya jadi Shahrizat, saya berhenti kedua-duanya (Ketua Wanita Umno dan juga menteri).

"Perkara ini sudah jadi ejekan. Orang mengejek (dan) ia akan menjengkelkan anda. Sedikit sebanyak, anda perlukan semua kerusi," katanya.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan untuk berundur daripada kabinet selepas tempoh jawatan senatornya tamat pada 8 April.

Abdullah juga berkata, buat masa ini Shahrizat tidak perlu tampil untuk memberi kenyataan. Sebaliknya bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu perlu menyusun gerakan untuk kembali ke arena politik.

"Tak payah bersorak, susun saja. Bila kes habis, balik. Bukan? Dia jangan berkokok. Kalau dia berkokok, orang kata ha... Macam-macam orang cakap," kata Abdullah.

Abdullah menyifatkan isu tersebut sebagai sesuatu yang malang buat Shahrizat – seorang pemimpin yang disifatkannya sebagai seorang yang baik dan berkebolehan.

Malah, beliau juga merupakan salah seorang yang menyokong Shahrizat untuk dilantik ke jawatan tersebut, kata Abdullah, yang dianggap berpengaruh di kalangan elit politik BN.

NONEAbdullah, yang dilihat sebagai individu yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Razak Hussein itu juga yakin bahawa jentera Wanita Umno tidak akan memboikot kempen pilihan raya akan datang sekiranya Shahrizat terpaksa berbuat demikian.

Katanya, isu NFC sudahpun menjadi percakapan ramai, apatah lagi apabila pemimpin PKR mungkin masih mempunyai dakwaan baru untuk didedahkan berhubung isu tersebut.

"Puak-puak PKR ini dia tidak cakap semua. Dalam politik, anda tahu rahsia orang buruk itu jangan (dedahkan) semua. Ada 20 peluru jangan tembak semua dulu. Tembak satu, dua.

"Orang Melayu cepat lupa. Dia lupa daratan, kacang kulit. Bila (dapat duit) RM20 (akan lupa)," katanya lagi yang dikenali dengan nama jolokan Dollah Kok Lanas, sempena nama kawasan parlimen yang pernah diwakilinya di Kelantan.

Ditanya lanjut, Abdullah berkata beliau juga tidak melihat bahawa Najib enggan menerima kenyataan berhubung kesan isu tersebut apabila presiden Umno itu tetap menyatakan sokongan kepada Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.

"Mungkin PM yakin bahawa (BN) akan menang walaupun dengan isu fidlot ini. Tapi, ia akan menentukan sama ada dia akan menang dengan majoriti 20 kerusi, 30 atau 40," katanya.

Najib sebelum ini memberi alasan, tiada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatan Ketua Wanita kerana bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu dipilih ke jawatan tersebut oleh para perwakilan pergerakan tersebut.

Ribuan ahli akar umbi Wanita Umno berhimpun bersama perdana menteri di Kuala Lumpur, Jumaat lalu, untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Shahrizat.

Dalam sidang media di perhimpunan itu, Najib berkata Shahrizat tidak harus dikorbankan atas kesalahan yang tidak dilakukannya, sebelum terbukti di mahkamah.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Wanita termasuk naib ketuanya Datuk Kamilia Ibrahim sebelum ini telahpun menyuarakan gesaan supaya Shahrizat berundur daripada mengetuai pergerakan itu.

Malaysiakini

PRU-13:Dr M kata keadaan agak mengelirukan..Why??

Dr M: Sukar untuk ramal keputusan p'raya
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Katanya, pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

- Bernama

Rasuah Politik:patut ikan jerung banyak xkne dakwa.rupenye AG y dok tapis sume kes2 ni??

SHAH ALAM, 29 MAC: Peguam Negara harus ditukar kerana dilihat menyekat pendakawaan rasuah politik di negara ini, kata seorang ahli panel di Wacana Sinar Harian petang tadi.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Peguam Negara yang ada pada hari ini wajar ditukar kerana banyak keputusan yang dibuat sebelumnya amat mencurigakan.

Walhal Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menjalankan tugasnya dengan menyiasat dakwaan rasuah tetapi apabila kes-kes ini dibawa ke pejabat Peguam Negara, ia tidak dibawa ke mahkamah pengadilan.

“SPRM siang malam buat kerja, bila sampai laporan kepada Peguam Negara, mati di situ. Mencurigakan betul. Sebab itulah isu rasuah ini jangan kita lihat pada SPRM sahaja,” ujar Rafizi di dalam wacana yang bertajuk ‘Rasuah Politik: Realiti Atau Persepsi’.

“Kerajaan tidak mahu bersungguh-sungguh membenteras rasuah.

“Kalaulah saya jadi Perdana Menteri tanpa ubah perlembagaan pun kita boleh tolong pegawai-pegawai SPRM macam Datuk Shukri (Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul) ini dengan satu tindakan sahaja, iaitu apa dia, kita tukarkan peguam negara.”

Dalam pada itu, Mohd Shukri, yang juga ahli panel, menyangkal persepsi masyarakat bahawa SPRM hari ini hanya berani menangkap ikan bilis dan bukan jerung besar.

Mohd Shukri berkata SPRM hanya diberi kuasa menyiasat manakala pendakwaan mahkamah pada tangan Peguam Negara.

“Dalam kes-kes yang kita cadangkan kepada peguam negara pada pandangan kita ada kes tetapi pada dia tak cukup bukti.

“Nak dakwa macamana, kita tak ada kuasa untuk dakwa. Kita cuma siasat sahaja, kuasa pemutus untuk mendakwa tertuduh terletak pada Peguam Negara.

“Kalau nak ikutkan, memanglah saya dan pegawai-pegawai nak dakwa mereka ini,” ujar beliau.

GST:Rakyat nk sokong ke,k'jaan nk bebankan rakyat lg.masih xckup lg ke modal ni??

Yang miskin diutamakan, Pakatan tak akan bekerjasama dgn BN mengenai GST

Anwar: Yang miskin diutamakan, Pakatan tak akan bekerjasama dgn BN mengenai GSTKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menolak cadangan oleh kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membantu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memberi jaminan bahawa gabungan Pakatan Rakyat akan menentang cukai sekuat-kuatnya kerana ia menghukum mereka yang miskin.
"Pendirian kami ialah, rakyat yang tidak membayar cukai secara umumnya di bawah kategori miskin. Sebab itulah Pakatan menentang langkah itu tetapi satu-satunya cara (bagi memastikan GST tidak dilaksanakan) adalah untuk mengalahkan BN dalam pilihan rayaumum," katanya kepada pemberita di Parlimen pada hari Rabu.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada hari Selasa telah menegaskan bahawa GST akan membantu menyebarkan beban cukai lebih merata di kalangan rakyat Malaysia, dan memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak "mempolitikkan" isu tersebut.
Dalam komennya, Idris juga menggesa dua pakatan politik utama Malaysia untuk bekerjasama pada cukai yang baru selepas pilihan rayaumum ke-13, dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini, sudah berlebihan.

Menurut Idris, hanya 1.7juta rakyat Malaysia atau enam peratus daripada penduduk kinimembayar cukai dan GST, yang telah ditangguhkan pada tahun 2010 kerana perasaan waswas awam, akan menyebarkan beban cukai yang lebih sekata. "Mudah-mudahan,selepas pilihan raya, kedua-dua pihak akan bertenang dan kita boleh bersetuju mengenai GST," kata Idris.
Terdapat cara lain untuk membuat wang
Malaysia banyak berhutang, dengan hutang negara sebanyak 53% daripada keluaran negara kasar. GST telah disyorkan oleh ramai pakar sebagai satu cara untuk meningkatkan pendapatan kerajaan tetapi menurut Anwar, sehingga dan melainkan jika pendapatan rakyat Malaysia juga meningkat, gabungan Pakatan Rakyat akan terus melawan cukai.
Sesungguhnya, rakyat Malaysia terpaksa bertarung dengan kos kehidupan yang tinggi, dengan harga hartanah yang melonjak, bahan api yang tinggi dan keperluan pengguna kos. Najib telah melaksanakan pemotongan subsidi pada tahun 2009 dan 2010 tetapi telah dipaksa oleh bantahan awam untuk berhenti.
Rakyat Malaysia amat marah apabila PM memilih untuk mengurangkan subsidi ke atas barangan pengguna yang memberi kesan kepada orang ramai, sementara mengekalkan kukuh RM19billion dalam bentuk subsidi bahan api yang dikhaskan untuk beberapa pengeluar tenaga bebas yang dikawal oleh perniagaan kroni pihak Umno.
Malaysia Chronicle

PRU-13:Wajib kepada orang muda yang berumur 21tahun keatas.Apa dok menung2 lg?cpt2??kuasa rakyat lebih kuat

Layak mengundi jika daftar pemilih sebelum Ahad ini

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPTST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun ke atas.

Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) iaitu proses pendaftaran dijalankan setiap hari manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.- Kosmo

Wednesday, March 28, 2012

K'jaan Tanggung tmbhan 10sen subsidi petrol.Baik ada makna tu?

Tambahan 10 sen untuk subsidi petrol RON95

Kerajaan menaikkan subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen pada bulan ini - kepada RM1.03 seliter - ekoran kenaikan harga minyak dunia.

Menurut The Star hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata harga RON95 kekal pada RM1.90 seliter.

Kali terakhir kerajaan menyemak harga RON95 - dari RM1.85 kepada RM1.90 seliter - ialah pada bulan Disember 2010.

Sementara itu Bernama memetik Ismail berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin meningkat.

Katanya kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.

"Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.

"Ini kerana bila kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan minyak, maka pengguna yang akan menerima bebanan tersebut," katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian.

Beliau berkata setakat ini beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak masing-masing ekoran harga bahan api yang melambung.

Semalam dilaporkan harga minyak diniagakan di bawah paras US$125 setong berikutan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan di zon Euro selain sesetengah negara memberhentikan pembelian dari Iran bagi mengelakkkan sekatan pihak Barat.

Dalam sidang media itu Ismail Sabri turut mengumumkan program Anugerah Kedai Harga Patut kini dikenali sebagai Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia yang turut disertai penambahbaikan termasuk pencalonan oleh pengguna.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu barangan pengguna, makanan, ketrampilan, gajet, informasi dan pasar raya.

"Bagi menentukan pemenang dulu kita bergantung kepada pemilihan juri, tetapi sekarang ini kita buat macam Akademik Fantasia, 50 peratus markah ditentukan oleh juri dan 50 peratus markah lagi ditentukan oleh orang ramai. Baru kedai ini benar-benar merupakan kedai pilihan orang ramai," katanya.

Pekedai dan orang ramai boleh membuat pendaftaran dan pencalonan dalam talian mulai hari ini manakala bagi pengundian secara talian akan dibuat pada 24 April.

"Program ini baik untuk pengguna sebab melalui pertandingan ini peniaga dapat memperbaiki perkhidmatan dengan menawarkan harga yang istimewa kepada pengguna," katanya.

MalaysiaKini

#Baguslah K'jaan tanggung subsidi tu, dah menjadi tanggungjwab k'jaan memastikan bebanan rakyat bkurangan. Jadi sekarang kena buat baik pada rakyat, sbb mandat dah nk tamat tahun depan.nt lepas PRU-13, naiklah harga minyak sbb nk cover modal pilihanraya y berbilion2 ringgit.

PRU 13:Perang Golongan Miskin dengan Kroni Kaya

Anwar: PRU13 perang kelas masyarakat



KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatnya sebagai belas ihsan untuk kroni Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang itu memberitahu sekitar 2,000 penyokongnya dalam ceramah di sini, yang merupakan bekas kubu kuat Umno suatu ketika dahulu, PR menerima tekanan daripada media BN kerana kroni kerajaan itu khuatir “keuntungan” mereka akan berkurang sekiranya berlaku perubahan kerajaan.
“Perjuangan ini, pilihan raya adalah antara golongan berpendapatan rendah menentang golongan kaya, kroni Umno.
“Setiap hari saya diserang. Siapa yang menentang saya? Bukan Najib atau Muhyiddin. Tapi jutawan yang takut keuntungan mereka disekat,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun beliau menuduh sesetengah jutawan Malaysia seperti pemilik Genting dan YTL, beliau turut mempertikaikan monopoli jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari terhadap pasaran gula dan beras.
“Adakah saya berbangga Melayu mengawal ekonomi? Ya, tapi bukan untuk menyusahkan rakyat,” kata Ketua Umum PKR itu.
“Di bawah Syed Mokhtar, harga gula empat kali lebih tinggi. Kamu, penyokong Umno, keluarga kamu di sawah padi sedang ditekan oleh pemimpin.”
Tindakan Anwar itu dilihat dibuat selepas kajian bulan lalu yang dilaksanakan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan 78 peratus datang dari isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Kajian berkenaan mendapati pemberian wang tunai berjumlah RM500 oleh Putrajaya untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah penyumbang utama terhadap sokongan tersebut.
Pemimpin sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008 namun BN tewas dua per tiga kerusi Parlimen dan empat negeri.
Anwar turut menjelaskan PR merupakan pihak yang bertanggungjawab berjuang untuk mendapatkan gaji minimum dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya membebankan rakyat Malaysia dan menjadikan mereka penggemis.
“Golongan belia ini berpendapatan kurang RM800 sebulan siapa yang menyokong Umno ... Bukan Umno yang berjuang untuk gaji minimum, tapi kami. Kami akan memansuhkan PTPTN, bukan Umno.
“Kami mahu turunkan harga petrol, elektrik. Tapi Umno kata beri air percuma seperti Selangor akan jadikan kerajaan bankrup,” tambah Anwar merujuk kepada pemberian subsidi terhadap 20 meter padu air untuk isi rumah di sekitar Lembah Klang.
Najib telah memberikan gambaran pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat walaupun mandat kerajaannya memerintah hanya akan tamat tahun depan.

Kembara Jr

Patut K'jaan bukak tender utk ambil alih Malaysia trus.

K'jaan buka tender ambil alih projek pusat fidlot nasional

Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

Dalam ucapannya, Noh tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek tersebut.

Beliau juga tidak menyebut sama ada kerajaan persekutuan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga Shahrizat.

Masalah yang melibatkan NFC pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menunjukkan syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007.

Berikutan ini, PKR mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa pinjaman mudah RM250 juta didakwa telah disalahgunakan untuk beberapa pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri pemeliharaan lembu.

Ini termasuk pembelian beberapa unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan luar negara, meneroka industri restoran dan pasar raya serta sebidang tanah di Putrajaya.

Selepas berbulan-bulan menafikan sebarang salahlaku, Shahrizat mengumumkan pada 11 Mac bahawa beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator apabila tempohnya tamat pada 8 April.

Sehari selepas membuat pengumuman tersebut, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas dua tuduhan pecah amanah jenayah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

MalaysiaKini

Tuesday, March 27, 2012

FGVH:Patut la rugi.Sbb Sume Untung tu Maslan dan Isa Samad dah bolot sume

Pelaburan FGVH di luar negara rugi : PAS

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya.

Eksklusif:Semak daftar pemilih sblm terlambat..Strategi tawan Selangor?

Strategi Umno tawan Selangor terbongkar


PETALING JAYA: Blogger Abdul Rahman Talib yang lebih terkenal sebagai Tulang Besi telah membongkar kaedah Umno untuk menawan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa, empat kaedah digunakan oleh Umno dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Dengan bantuan SPR dan JPN, Umno telah berjaya menukar puluhan ribu pengundi-pengundi Pakatan Rakyat dari Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah.
“Selain itu mereka turut menukar alamat pengundi-pengundi Umno dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS dan mendaftar banyak pengundi-pengundi hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor,” kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan.
Pada ketika ini BN mempunyai 20 kerusi DUN – 18 dari Umno dan dua MCA (dua). Pakatan Rakyat pula mempunyai 36 kerusi DUN dari jumlah keseluruhan 56 kerusi.
PAS tidak mampu
Menurut Abdul Rahman pada ketika ini Umno/BN yakin boleh memenangi 35 kerusi DUN berbanding 21 kerusi Pakatan dan menjelang pilihanraya yang dijangka diadakan dalam bulan Jun bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan, 13.
Beliau menambah bahawa usaha Pakatan untuk menentang penipuan ini adalah minima.
Ini kerana SPR menetapkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui pada RM10 untuk satu nama.
“PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja dan terpaksa berjimat menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi,” katanya.
Oleh itu, beliau menggesa para pengundi Selangor menyemak nama mereka di dalam senarai daftar pemilih di laman web SPR.
“Pastikan nama-nama saudara saudari tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka,” kata Abdul Rahman.

-/FMT

Adakah ini PM 1Malaysia yang bijaksana?

Cerita dari gambar perihal PM 1Malaysia Dato Seri Najib..

Sumber yang aku ambik dari akhbar resmi negara iaitu BERNAMA.... Kisah sebenar hangpa cari sendiri, cuma apa yang aku nak tonjolkan inilah situasi yang berlaku kepada PM 1Malaysia...

Tidak ada niat walaupun sebesar biji sawi didalam perasaan minda aku nak menghina apa yang berlaku seperti didalam gambar ini.., apa yang aku nak kalian semua berfikir,, inikah nilai sebenar PM 1Malaysia yang dikatakan berjiwa rakyat....
Lihat cara gerak kerja PM,, terlalu berhati-hati.... seolah-olah beliau seorang yang pakar dalam nak melaksanakan tugas tersebut,, betulkah apa yang belia laksanakan.... Kalau hangpa tak ada asas knowledge ikat bata memang hangpa tak persaan.


Ha, ha, ha... aku dah berjaya,,, tengok hand glove pun aku dah takut,,, betui kani ....
Moral of the story... Kenapa yang ada kat sekeliling PM tu bengong juga atau takut nak tegur apa yang PM buat tu salah !!!!

Kalau inilah apa yang berlaku didalam pentadbiran Najib,, maka bernasib malanglah rakyat Malaysia,,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...