Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0:Kotaraya Tempat Perhimpunan Sebenar.

Langsung Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0

Harakahdaily, 28 Apr 2012

Sila refresh untuk mendapatkan laporan terkini.
 
3.59 pm: Berpuluh orang ditangkap. Ada peserta yang sesak nafas dan pengsan, dibawa dengan ambulan untuk rawatan.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik DBKL pecah cermin belakang selepas terkena canister gas pemedih mata yang dilepaskan polis.

3.40 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya.
Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU.

MAKLUMAN: Seorang kanak2 berumur 3thn nama timangan "Bad" hilang ketika polis melepaskan gas pemedih mata. Bantu kesan kanak2 ini.. Sebarkan...


3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.
3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Sebelum itu, orang ramai berundur beberapa meter tetapi sekarang mereka bertekad untuk maju.
3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.

Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.

Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis.

Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.
3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.
3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.
3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.
3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.

3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata.

3 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL.

2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis

2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat".

2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran".

2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu.

2 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council.

1.48 pm: Lokasi Masjid Negara - perarakan bermula dan peserta seramai 10 ribu orang.


1.45 pm: Karpal Singh dibenar melepasi sekatan pihak polis selepas perbincangan antara mereka.

Dua jenis senapang dilihat digunakan pihak polis. Senapang biasa untuk gas pemedih mata dan juga senapang peluru getah. Bagaimanapun polis masih belum melepaskan sebarang tembakan, hanya bersedia.

Seorang lelaki cuba menghadiahkan jambangan bunga kepada anggota polis yang sedang berbaris, tetapi tidak dilayan.

1.43 pm: Kumpulan peserta di Central Market mula bergerak ke Dataran sambil melaungkan "Bersih, bersih , bersih". Kumpulan ini bertambah ramai dengan kehadiran peserta dari Brickfields. Dianggarkan jumlah peserta kumpulan ini kira-kira 10 ribu orang.


1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden PAS TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran.

1.34 pm: Peguam Karpal Singh yang berkerusi roda cuba memohon untuk melepasi sekatan pihak polis. Perbincangan sedang berlaku.

1.30 pm: Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam berpendapat perhimpunan hari ini berlangsung dengan aman. Beliau berharap semua pihak memberikan kerjasama selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak rakyat untuk berkumpul dan berhimpun.

Suhakam meletakkan 15 orang wakilnya bagi memantau himpunan ini.
Unit Amal bersiap sedia untuk berarak dari Masjid Negara.

1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata.


1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran.

1.05 pm: Lokasi Masjid Negara -  pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang.

1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.

1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan.

12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis.

12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara.

12.52 pm: Lokasi KLCC - Polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda  peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka.

Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis.

Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."

Tinjauan di tempat kejadian di KLCC. Didapati hampir 20 ribu mula bergerak ke dataran merdeka namun Jalan Pudu ditutup.

12.50 pm: Dataran - Pasukan polis sudah bersedia untuk lepaskan gas pemedih mata.

12.45 pm: Lebih 500 anggota polis dihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank rakyat. Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing.
Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing. Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka

Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini

12.40 pm: Wakil Juham, Abang Mohd Kerdee Abang Masagos berkata, pihak polis enggan berunding. Ketibaan peguam Juham disambut dengan sorakan peserta yang menunggu di Dataran.

12.37 pm: Trak water canon fru kini mula memasuki kawasan dataran merdeka. Dianggarkan lebih 20 buah.

Naib Presiden PAS mula bergerak dari Pejabat Agung Pas menuju ke Dataran Merdeka. Jumlah peserta di dataran merdeka kini dianggarkan mencecah 10,000 orang. Turut kedengaran laungan 'Duduk bantah, berdiri Umno'

12.35 pm: Kereta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat melalui Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun masih belum diketahui beliau akan turun di mana.

12.31 pm: Peserta dari Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perarakan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sambil diiringin laungan kata-kata semangat.

Polis mula bergerak menghampiri Dataran Merdeka, dipercayai bagi menyekat kemaraan peserta.

12.30 pm: Pasukan Unit Amal mula mengawal ketat keselamatan pemimpin utama di Masjid Negara.

12.10 pm: Dataran - Peserta beramai-ramai melaungkan lagu negaraku.

12.08 pm: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tiba di perkarangan Masjid Negara.

12.06 pm: 16 belas trak FRU termasuk 1 trak water canon dilihat mula bergerak masuk dari jalan parlimen menuju ke Masjid Negara.

12.05 pm: Kumpulan dari KLCC tiba di hadapan kompleks Pertama. Kelihatan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Hatta ramli dan Dr Syed Azman berada dalam kumpulan tersebut.

12.04 pm: Seorang peniaga di kompleks Pertama melahirkan rasa kesal dengan melaungkan kata-kata kekesalan terhadap peserta yang berkumpul. Pihak polis sebelum ini cuba mententeramkan beliau. Ramai peserta menganggap ia sebagai satu provokasi.

12.02 pm: Zunar yang baru tiba di perkarangan CM meminta semua peserta Bersih tunggu di situ sementara menunggu arahan daripada pimpinan Bersih. Menurut zunar para peserta akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.
Para peserta Bersih kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk ke Dataran Merdeka. Ketika ini suasana di depan CM bertambah meriah dengan iringan sajak yang disampaika oleh salah seorang peserta bersih. Sebelum itu, para peserta turut menyanyikan lagu Negaraku.

12.00 pm: Lebih 5,000 berkumpul di perkarangan Masjid Negara. Sebahagiannya menyanyikan lagu Negaraku.

11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih"

11.57 am: Hampir 1000 orang menghampiri Sogo sambil melaungkan takbir, reformasi dan pelbagai kata-kata semangat. Terdapat beberapa provokasi kecil, bagaimanapun tiada sebarang kekacauan berlaku.

11.55 am: Dianggarkan jumlah peserta di Dataran Merdeka kini mencecah 7,000 orang. Kumpulan dari Masjid Jamek turut bergabung di sini. Sepanjang jalan dari persimpangan Bank Rakyat ke stesen masjid jamek penuh dengan peserta.
Mereka kini mula memenuhi simpang Jalan Tunku Abdul Rahman pula.
11.52 am: 2 buah helikopter polis berlegar rendah di perkarangan masjid Negara.

11.50 am: Azmin Ali memberikan ucapan dihadapan ribuan peserta.

Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah







11.46 am: Kira-kira 300 peserta dari Kajang berarak dari stesen KTM Kuala Lumpur ke Masjid Negara.


11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi.

11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka.

11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang.

11.37 am: Sebahagian peserta kini mula bergerak dari dataran ke masjid negara. Difahamkan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat akan berada di sana.
Hampir 4,000 peserta sudah berada di sini memenuhi jalan bersebelahan dataran merdeka yang dipagar. Dianggarkan lebih separuh dari peserta di sini sedang bergerak ke masjid negara

11.35 am: Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam mengharap pihak berkuasa memberi ruang kepada peserta berhimpun secara aman sehingga selesai.
Perhimpunan aman dijamin perlembagaan. Kedua dua pihak sama ada pihak keselamatan mahupun peserta diharap bersabar dan menahan diri dari melakukan tindakan yang tidak wajar.
"Saya lihat semua peserta berhimpun secara aman, dan saya rasa tiada sebab untuk mana-mana pihak bertindak diluar batasan," katanya

11.32 am: Kira-kira lebih 2000 peserta Bersih memenuhi ruang letak kereta di depan Central Market (CM). Beberapa kedai di dalam CM ditutup bagaimanapun orang ramai boleh memasuki bagunan itu tetapi tidak di benarkan bersantai disitu.
Kelihatan beberapa anggota RELA mengawal pintu masuk CM. Kira-kira 200 orang anggota Unit Amal Malaysia sedang bersiap sedia untuk mengawal peserta himpunan, mereka kini berkumpul di astaka di hadapan CM.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa anggota Bersih turut berada bersama anggota unit amal.

11.30 am Kira-kira 4,000 orang berkumpul di pekarangan Masjid Negara dan stesen KTM Kuala Lumpur. Jumlah dilihat semakin bertambah.

11.25 am 9 trak polis dengan 6 daripadanya dipenuhi anggota tiba di Dataran Merdeka.

11.23 am: Dataran - Seorang pemuda menarik perhatian orang ramai apabila berjalan dihadapan barisan kawalan polis sambil menayangkan kertas bertulis 'Semoga Allah lembutkan hati abg polis'.

11.20 am: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih.


11.12 am: PDRM akan guna LRAD = Long Range Acoustic Device, alat yg akan buat demonstran sakit telinga & hilang imbangan. Bawa earplug/kapas.

11.10 am: Polis terus berkawal di sekitar KLCC.

11.05 am: Jumlah yg tiba di dataran semakin bertambah. Laungan "Bersih, Bersih!, Reformasi, hidup rakyat" kedengaran sejak tadi. Sebahagian peserta ada yang duduk dan berehat sementara menunggu jam 2 petang.

Turut dilaungan 'kuning-kuning Najib pening' disamping beberapa ucapan bersemangat dikalangan peserta.


11 am: Dataran Merdeka: Lebih 2,000 peserta sudah berkumpul di sini. Ada yang bermalam dari malam tadi di sini.

10.57 am: Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS "Kita minta semua peserta bersih 3.0, disamping duduk bantah, boleh lah berbelanja RM10 seorang untuk menyemarakkan lagi himpunan pada hari ini."

10.54 am: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara diiringi dengan laungan "duduk"

10.50 am: Sekita Sogo - Laungan "reformasi" mula kedengaran dari kumpulan orang ramai yang dianggarkan seramai 200 orang di hadapan kompleks Pertama.

10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. Lebih 500 orang di sini.
Peserta berehat menunggu detik 2 petang.
10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya.


10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang.

10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa

10.20 am: Sekitar Sogo - Pihak polis memperkemas barisan bagi menghadapi sekumpulan peserta di hadapan premis KFC. Beberapa individu yang berjalan dalam kelompok kecil dimita kembali ke kompleks Pertama.

10 am: Pusat Membeli Belah Sogo mula membuka premis perniagaan, bagaimanapun pihak polis meletakkan pita yang dikenali 'tali merah' di kalangan pihak polis di hadapan pintu masuk Sogo. Hanya satu pintu di bahagian tepi kompleks Sogo dibuka.


9.57 am: Sekitar pasaraya Sogo - Sebuah helikopter kelihatan berlegar-legar di udara.

9.35 am: Di pusat membeli -belah Sogo, puluhan polis menghalang laluan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan mendirikan 'pagar manusia' yang terdiri daripada anggota polis.

Kelihatan sekumpulan orang yang dipercayai peserta himpunan Bersih 3.0 berkumpul di hadapan Kompleks Pertama. Bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa.

9.15am: Jalan Tun Razak sesak apabila polis trafik telah menutup susur jalan ke Tabung Haji menghala ke KLCC.

9.10am: Orang ramai mula tiba di stesen LRT KLCC dan kelihatan pihak polis berkawal.

9.05am: Trafik dari Kajang sehingga tol Sungai Besi berjalan lancar setakat ini. Tidak ada sebarang sekatan dibuat.

Bagaimanapun trafik mulai sesak di Lapangan Terbang Sungai Besi dan kelihatan tidak bergerak kerana beberapa jalan telah ditutup.

9 am: Laluan ke Kg Baru dari Jalan Semarak ditutup kepada semua pengguna jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya dilihat turun dari kenderaan masing2 untuk berbincang dengan pihak polis. Semua kenderaan diarahkan melalui jalan Tun Razak.


Laporan lanjut menyusul.

Ratusan ribu sudah banjiri Kuala Lumpur

Harakahdaily, 28 Apr 2012


(Ratusan ribu sudah berkumpul menuju ke Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.

Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.

Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar kanan) sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Dengan memakai jubah berwarna kuning, lencana bersih 3.0 dan juga headband Bersih 3.0, beliau akan bersama perhimpunan Bersih kali ini.

Dalam perhimpunan  Bersih 2.0, beliau antara yang ditahan polis dan dibawa naik ke black maria polis.

Turut serta dari pejabat Agung PAS adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Dengan memakai baju kuning Bersih 3.0, mereka mula bergerak beramai-ramai dengan berjalan kaki dari Pejabat Agung PAS ke Dataran Merdeka.(gambar kiri).

(Jalan Sultan)

(Masjid Negara)

(Sedang sampai di Stesen Komuter Kuala Lumpur)

(Dari Pudu Raya)

(Pasukan hijau yang bergerak dari KLCC)

Eksklusif dari Bersih 3.0

Bersih 3.0 akan berlangsung dalam beberapa jam lagi dan berpandukan jadual Bersih 3.0, Perhimpunan Bersih 3.0 akan bermula jam 2 petang di 11 lokasi di Malaysia dan 69 bandar di seluruh dunia untuk perhimpunan Bersih 3.0 28 April 2012 ini dan sudah tentu banyak jalan-jalan yang akan ditutup akibat dari Perhimpunan Bersih 3.0 28 April 2012 ini.

Menurut ramalan, Perhimpunan Bersih 3.0 ini lebih ramai yang akan hadir untuk menyertai perhimpunan Bersih 3.0 ini berbanding dengan Perhimpunan Bersih 1.0 dan Perhimpunan Bersih 2.0 tahun 2011. Perhimpunan Bersih 3.0 akan juga diadakan di lokasi lain iaitu Ipoh Perak, Johor Bahru, Kuantan, Melaka, Penang, Kota Kinabalu Sabah, Seremban, Kuching Sarawak, Miri Sarawak dan Sibu Sarawak.

Gambar dan Video Perhimpunan Bersih 3.0 ini akan kami update dari masa ke semasa sepanjang aktiviti Perhimpunan Bersih 3.0 ini secara langsung. Sebelum tu kita lihat Video dan Gambar Perhimpunan Bersih 3.0 dari mula dan sehingga aktiviti Perhimpunan Bersih 3.0 yang terbaru!

Pada jam 11.45 malam 27 April 2012, peserta Bersih 3.0 2012 telah memenuhi Dataran Merdeka. 
























Friday, April 27, 2012

Bersih 3.0-Mekah n Madinah


Aktivis lancar BERSIH 3.0 di Mekah, Madinah
Sekumpulan aktivis hari ini melancarkan perhimpunan BERSIH 3.0 di dua kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah, dua hari sebelum perhimpunan yang dirancang untuk diadakan pada 28 April di Kuala Lumpur.
bersih in meccaLidah parti PAS Harakahdaily melaporkan, pelancaran di kota Mekah itu yang disertai kira-kira 20 orang rakyat Malaysia itu dibuat di hadapan satu premis perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

Pelancaran di Madinah pula dibuat di perkarangan Masjid Nabawi disertai kira-kira 30 rakyat Malaysia berpakaian baju kuning dengan logo BERSIH 3.0.
Kumpulan aktivis berkenaan turut mempamerkan kain rentang perhimpunan berkenaan.
Dua kota berkenaan merupakan antara lebih 70 lokasi perhimpunan yang akan dijalankan serentak dengan perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Eksklusif:Laporan Bersih 3.0 (28 April 2012)

DBKL pasang halangan tutup Dataran Merdeka
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 pagi tadi - lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan.
Malam tadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi ini hingga 6 pagi Ahad.

Menurut Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Syahmi Hazim Mohd Ithnin berkata pihak DBKL mengeluarkan arahan supaya mahasiswa dan orang ramai bersurai jam 4 pagi.

Menurut seorang lagi saksi, selepas mahasiswa beredar ke seberang jalan di bangunan Sultan Abdul Samad DBKL juga turut memasang pagar besi - sebagai halangan kedua - untuk menghalang orang ramai berkumpul di Dataran.

Syahmi berkata sewaktu barricade mula dipasang, mahasiswa juga sempat mengadakan speaker corner di dataran tersebut. Pada ketika itu sekitar 30 mahasiswa dan orang awam berada di dataran tersebut.

Sebelum itu, ratusan mahasiswa dan orang awam berhimpun di Dataran Merdeka sejak malam tadi. Mereka mula beredar apabila hujan mula turun di kira-kira jam 2 pagi.

Menurut Syahmi  lagi, sewaktu DBKL memasang barricade, tiada pertembungan dengan pihak berkuasa DBKL, malah mereka mengikut arahan yang diberikan.

Dan sebahagian daripada mereka duduk dan ada yang tidur di seberang jalan, di tepi bangunan Sultan Abdul Samad.

Traffik di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad masih dibuka kepada orang ramai.
 
DBKL tutup Dataran Merdeka selama 48 jam
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi esok.
Arahan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail  dalam satu kenyataan petang ini.
Berikutan itu  Dataran Merdeka akan ditutup kepada orang awam, mulai jam 6 pagi Jumaat sehingga 6 pagi Ahad ini.
Menurutnya, Dataran Merdeka akan ditutup sementara kepada orang awam dalam tempoh tersebut mengikut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Semalam Ahmad Fuad memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

MalaysiaKini

Bos & Timbalan SPR-ahli tegar UMNO..kn ak da ckp,SPR leh jd parti politik..

PKR dedah keahlian Umno bos SPR
PKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan.

Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini.

NONE"Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan'.

"Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin.

Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini.

Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR.

"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin.
 
MalaysiaKini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...