Thursday, March 8, 2012

Projek: BN ‘sapu’ wang rakyat?

Oleh SELENA TAY
Orang bersajak, saya berpantun, Wang rakyat semuanya BN balun.
SEPULUhttp://media1.malaysiakini.com/440/d0dd6ad81e956337a4a4b9d3491c5e86.jpgH peratus daripada gaji pekerja sektor swasta akan ditolak setiap bulan untuk dicarum kepada skim kesihatan yang bernama 1Care. Buat masa ini tidak banyak liputan perihal 1Care yang diberi oleh media arus perdana. Ini disebabkan kerajaan BN tahu rakyat akan membantah jika rakyat tahu butiran lanjut mengenai skim ini.


Selain itu, Menteri Kesihatan daripada MCA, Liow Tiong Lai nampaknya tidak berapa mahu memberi maklumat ataupun penerangan lanjut berkenaan skim 1Care ini apabila ditanya oleh ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching daripada DAP. Seorang rakan penulis yang bekerja sebagai penjaga stor berkata, "Apa ini BN, hello? Tangan kanan beri RM500 tetapi tangan kiri rampas lebih daripada itu. Bayangkanlah, gaji saya setiap bulan ialah RM1,300 dan dalam masa setahun sebanyak RM1,560 akan dipotong daripada gaji saya untuk skim ini. Lagipun untuk mendapat manfaat skim ini, orang harus jatuh sakit dulu tetapi siapa yang mahu jatuh sakit?" katanya dalam nada suara yang marah.
Memang tidak syak lagi bahawa skim ini adalah satu cara kerajaan BN mencungkil wang dari saku rakyat dengan menggunakan kaedah yang sah yang bakal akan diluluskan oleh undang-undang nanti. Ini jelas menunjukkan bahawa pemberian wang tunai RM500 daripada kerajaan BN itu tidak ikhlas sebab ia akan disusuli oleh satu muslihat untuk mendapatkannya kembali dan jumlahnya lebih banyak daripada itu pula.
Oleh itu, Perdana Menteri,Najib Tun Razak bolehlah digelar sebagai 'Perdana Menteri Skim' sebab beliau mempunyai terlalu banyak idea untuk mewujudkan pelbagai jenis skim berbanding Perdana Menteri-Perdana Menteri yang sebelumnya.
Lagipun wang RM500 daripada projek BR1M itu ialah wang rakyat yang dikutip daripada rakyat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu wang rakyat digunakan untuk bantu rakyat tetapi cara kerajaan BN mempromosikannya, RM500 itu seolah-olah ialah wang orang BN - lembu punya susu, sapi dapat nama.
Mengenai isu lembu pula, diharap rakyat tidak akan diperlembukan lagi apabila tiba masa untuk mengundi nanti, bak kata pantun 2-rangkap dibawah ini berserta dengan balasannya:
Nampak hantu, nampak jembalang,
Projek sapu wang rakyat - siapakah dalang?
Nampak hantu, terus jatuh pengsan,
Projek sapu wang rakyat - dalangnya ialah Barisan.

Monday, March 5, 2012

Semua pemimpin patut mintak maaf pada rakyat.Klu xde rakyat xdela pemimpin.

Muhyiddin: Mohon maaf tunjuk sikap rendah diri

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008, menunjukkan sikap merendah diri parti itu, kata timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata apa yang penting pada masa ini adalah untuk melihat ke hadapan terutama dalam tempoh lapan tahun akan datang, tentang bagaimana mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

NONE"Apa yang Perdana Menteri nyatakan itu tunjukkan sikap merendah diri. Kita sebagai manusia memang ada kelemahan, kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional juga kita tahu ada kelemahan kita dan mungkin beberapa kesilapan.

"Secara umumnya dalam tempoh 54 tahun tidak ada sesiapa boleh menolak hakikat bahawa walaupun ada kelemahan, kita sudah berjaya capai kemajuan besar dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, hubungan antarabangsa dan pelbagai lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Najib memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) 2008, tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Muhyiddin berkata beliau percaya rakyat sudah mula faham dengan langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi serta konsep gagasan 1Malaysia yang bertujuan memperbaiki kelemahan serta menambah baik segala usaha yang dilakukan selama ini.

NONE"Macam transformasi nasional, ia mencakupi semua perkara... ekonomi, kerajaan, politik, luar bandar dan pendekatan baru yang diambil perdana menteri dan kerajaan BN pada hari ini. Semuanya masyarakat sudah dapat lihat impak yang agak begitu berkesan dan ini beri satu harapan baru," katanya.

Beliau berkata kefahaman dan penerimaan rakyat tentang semua perkara tersebut memperlihatkan keyakinan baru di kalangan mereka tentang keupayaan kerajaan BN.

Katanya kekalahan pada PRU-12 telah memberi keinsafan kepada BN tentang apa yang perlu dilakukan dan diperbaiki, termasuk oleh wakil-wakil parti di seluruh negara.

- Bernama

Baling Kedah:Najib minta maaf atas kesilapan BN dahulu


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana BN sedikit sebanyak membuat kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.

NONE"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," beliau dipetik sebagai berkata dalam majlis turun padang di Baling oleh Bernama.

Bagaimanapun, agensi berita nasional itu melaporkan Najib sebagai berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita.

"Kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya lagi.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Individu Bersih Terkaya di Malaysia..Terkaya secara haram xde dalam senarai?

Senarai Terkini Individu Terkaya Malaysia.

Oleh: siasahkini

SINGAPURA - Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.

1. Robert Kuok
-mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya. Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

2. Ananda Krishnan,
-73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion. Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.
3. Lee Kim Hua,
-aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion. Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat. Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.
4. Lee Shin Cheng,
-membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.

Malaysia kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat. Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi. Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan nilai AS$500 juta. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220 juta. Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta. Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya. Tambahan kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta.

Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama. Tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada AS$125 juta tahun lepas. Berbeza dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012. - Bernama@SH

1.Robert Kuok 12,400 ($mil)
2.Ananda Krishnan 9,900
3.Lee Kim Hua & family 6,500
4.Lee Shin Cheng 5,200
5.Teh Hong Piow 5,000
6.Quek Leng Chan 4,200
7.Syed Mokhtar AlBukhary 3,300
8.Yeoh Tiong Lay 2,600
9.Tiong Hiew King 1,500
10.Vincent Tan 1,200

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...