Saturday, February 25, 2012

Kasihan! Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur

Seekor ular sawa yang sedang hamil telah dilanggar dan digilis di atas jalan raya sehingga anak-anak dalam kandungannya bertaburan dan bersepah di jalan raya.

Kasihan! Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur di Jalan. Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kenderaan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular sawa itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya. Di bawah merupakan gambar ular sawa hamil yang telah digilis di atas jalan raya.

Masih banyak orang bingung sebenarnya ular sawa itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar.


Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa ‘mengerami’ telur-telurnya.-

http://youtu.be/1Sml7EzGoxs

Melayukini

Debat:Giliran Negeri Perak lak.tgk hujah sape terbaik utk bangunkn Perak

Nizar setuju debat dengan Zambry


IPOH, 24 Feb: “Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan Dr Zambry.”

Demikian tegas Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung dengan seruan Dewan Pemuda PAS Perak yang mahukan beliau duduk di satu pentas untuk berdebat Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurutnya, itu adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak.

“Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13,” kata Nizar ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, ini bukan kali pertama kesediannya untuk berdebat malah sudah menyatakan kesudiaannya untuk berdebat dengan Dr Zambry kira-kira dua tahun lalu.

"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV,” ujarnya.

Tambahnya, selepas ‘rampasan kuasa’ oleh BN 7 Februari 2009, pelbagai kemusykilan yang belum dapat dirungkai serta rakyat masih mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

“Saya berharap Dr Zambry dapat menyahut pelawaan debat demi negeri Perak tercinta ini,” tegas beliau.

Semalam, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh menyatakan hasrat untuk merealisasikan perdebatan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Cadangan ini timbul selepas kejayaan menemukan dua pemimpin utama cina iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pulau Pinang baru-baru ini.

Planet baru diliputi air ditemui

(Gambar - Lakaran artis yang disediakan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah dan dikeluarkan kelmarin merakamkan planet baru GJ1214b berada 40 tahun cahaya dari bumi. - AFP )

NEW YORK 22 Feb. - Beberapa penyelidik dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka menemui sebuah planet baru yang diliputi air.

"GJ1214b adalah sebuah planet diliputi air serta diselubungi atmosfera yang tebal dan berwap," jelas Pusat itu dalam satu kenyataan selepas meneliti planet itu dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

"GJ1214b adalah sebuah planet baru dan sebahagian besarnya terdiri daripada air.

"Andainya seorang angkasawan mendarat di planet itu, dia akan mendarat di dalam air panas," kata Zachary Berta, seorang ahli astronomi.

Planet itu ditemui pada 2009 oleh Projek MEarth yang berpangkalan di bumi.

Planet GJ1214b yang digambarkan sebagai ''super-Earth'', sebesar 2.7 kali diameter bumi dan beratnya hampir tujuh kali ganda bumi.

Kajian lanjut pada 2010 memberi petunjuk kepada saintis untuk mengandaikan sebahagian besar planet GJ1214b (suhu sekitar 232 darjah Celsius) diliputi air.

Andaian itu disahkan oleh Berta dan penulis bersama yang menggunakan HST untuk mengkaji planet GJ1214b apabila melintasi di hadapan bintang.

Cahaya bintang yang ditapis melalui atmosfera planet itu, membuktikan campuran gas serta menyokong teori wap air.

"Ukuran HST mempunyai keseimbangan atmosfera yang berwap," kata Berta.

Ukuran dan anggaran selanjutnya turut memberi petunjuk kepada saintis bagi memutuskan bahawa planet GJ1214b mengandungi lebih banyak air berbanding bumi. - AFP

Baling Kasut dalam Mahkamah:Betapa Kecewa Imam Dengan Sistem Keadilan Negara.klu kita makmum biasa je..pe akan jadi yer??

Nazri Abdullah,

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Hoslan Hussin berkata, tindakan beliau melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu bukan kerana marah diusir dari kuarters kediamannya, tetapi kecewa dengan sistem keadilan negara.

Imam Hoslan, 46, yang ditemui Harakahdaily di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di ibu negara semalam mendakwa, sememangnya beliau sudah lama keluar dari kuarters imam tersebut.

Namun apa yang dikesalinya, keputusan tersebut seperti mahu menutup penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah oleh pihak tertentu yang dilaporkannya.

"Saya kata kepada Yang Arif, belum pernah dalam sejarah perundangan negara, seorang imam diheret ke mahkamah kerana nak tegakkan agama Isalam dan tatacaranya.

"Saya datang ke sini untuk perbetulkan penyelewengan, untuk kembalikan duit kepada masjid," katanya memulakan cerita bagaimana boleh bertindak membaling kasut.

Beliau sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Selain mengemukakan laporan itu kepada Ketua Polis Negara, maklumat penyelewengan itu juga pernah diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sekitar tahun 2007 lagi.

Maklumat sama juga katanya telah disampaikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pendedahan berterusan itu ujarnya lagi menyebabkan ada pihak yang tidak senang hati dengannya sehingga pelbagai tekanan dilakukan terhadapnya.

Sehinggalah pada 2008, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Ekoran itu juga elaun imam sebanyak RM450 sebulan ditamatkan oleh MAIWP.

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Dalam kes mahkamah kelmarin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonan Hoslan supaya diberi kebenaran membuat rayuan ekoran arahan mengososngkan kuarters imam itu.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

"Bila (Yang Arif) cakap macam tu, saya sudah naik angin satu badan, saya ambik selipar saya terus baling, tak tahu kena siapa lah. Kemudian polis mahkamah datang cuba tangkap saya. Saya ambik sebelah lagi, baling lagi, jadi dua kali baling.

"Pelajar, peguam kat belakang semua keluar, hakim menyorok belakang pintu. Dia takut saya akan mengamuk dan buat huru-hara," katanya sambil tersenyum.

"Tapi saya tidak begitu, saya terus ambil kain ihram atas bahu saya, saya campak ke lantai dan saya angkat takbir, sembahyang dua rakaat," jelas beliau sambil mengangkat tangan cuba menggambarkannya kembali.

Dua lagi hakim yang bersidang dalam kes itu adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Beliau kini bersama 7 orang anaknya menetap di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur.

Selain menjadi khatib jemputan, beliau juga menjual kitab serta jubah sebagai sumber pendapatan sampingan.

Menurut Hoslan, beliau kini juga adalah ketua pemuda persatuan penduduk Jalan 1 dan 2 kampung Pandan.

Mahkamah Persekutuan nafi

Dalam pada itu, Ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat satu laporan polis terhadap bekas imam, Hoslan Hussin berhubung dakwaan yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang membaling kasutnya ke arah hakim dalam satu sesi mahkamah berkenaan, Rabu lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat pendaftar berkenaan hari ini turut menyangkal dakwaan yang ditimbulkan Hoslan, termasuk tuduhan bahawa lelaki tersebut telah dinafikan hak untuk didengar dengan seadilnya.

"Tuduhan tersebut adalah tidak berasas. Pejabat ini mempunyai rakaman setiap pendengaran yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan.

"Badan Kehakiman Malaysia memandang serius perkara yang boleh mencemarkan imej Badan Kehakiman sama ada melalui sebarang tindakan secara langsung atau tidak, termasuklah membuat komen atau kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan imej institusi kehakiman," katanya sebagaimana dilapor Malaysiakini.




Panas:Lebih Baik Samseng2 Jalanan ni Pegi Rempuh Negara Israel Haram tu..

Terbaru!Gambar-Gambar Samseng Umno Rempuh Pejabat PKR.

Samseng-samseng upahan ni dibayar untuk menutup mata terhadap kebejatan UMNO dan hanya boleh nampak kesilapan PKR...

Yang UMNO sibuk berhempas pulas menjalin hubungan dagang dengan Israel langsung tak diambil kisah... BEDEBAH betoi...

Sumber: Siasahkini

Friday, February 24, 2012

PRU 13:Faktor2 Penentu Tarikh Pilihanraya Diadakan

Harta Karun menanti Najib di penghujung PRU-13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melambatkan keputusan tegas mengenai hampir setiap isu. Ia atau tidak kelewatan itu disengajakan, kerana beliau telah dituduh sebagai memanipulasi, beliau telah memilih untuk membiarkan kejatuhan kewangan NFC sebanyak RM250 juta yang melibatkan menteri Shahrizat Jalil lepas walaupun ia boleh mencetuskan tindak balas sentimen awam bagi pihak Umno.

Beliau juga telah memotong hanyut MCA, Gerakan dan MIC, menyebabkan pihak-pihak ini untuk terus lemah di mata masyarakat mereka. Malah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba lebih keras, menghantar timbalannya Ghafar Baba untuk menyelesaikan masalah pada komponen dan membantu membaiki keadaan biasa Barisan Nasional. Tetapi mungkin, BN tidak boleh diselamatkan lagi.

Hanya sekali sejak mewarisi jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi pada April 2009 telah Najib cuba untuk mengemudi hala tuju BN. Ia adalah semasa pilihan raya negeri Sarawak pada bulan April 2011, dan Najib gagal - teruk. Beliau telah menetapkan bagi 'menjinakkan' Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud tetapi berakhir dimalukan oleh seorang lelaki lebih tua yang licik itu.

Taib berjaya membuatkan Najib kelihatan bodoh tanpa meninggikan suaranya. Apa yang beliau harus lakukan adalah mengabaikan panggilan terdesak dan agak biadap Najib untuk beliau meletak jawatan. Ia adalah selepas pilihan raya Sarawak adalah bahawa rakyat Malaysia, khususnya dari Semenanjung, sedar bahawa Najib tidak berkuasa sebagaimana yang digambarkan oleh parti Umno.

Begitu 'lembut' Najib kerana beliau tidak boleh mengawal Rosmah Mansor isteri beliau atau menghalangnya daripada merebut gelaran Wanita Pertama Malaysia, yang sebenarnya untuk Permaisuri. Tidak perlu dikatakan, beliau juga tidak berjaya menghalangnya dari membeli-belah barangan yang teramat mahal.

Tiba-tiba sahaja bertindak menyerang

Tiba-tiba, mulai 15 Februari, Najib mula bergerak dengan tenaga yang lebih jelas. Beliau mula untuk melontarkan peluru berpandu lisan kepada saingan ketatnya Anwar Ibrahim, memanggilnya “bermuka-muka” dalam satu temu bual dengan WSJ mengenai isu Israel-Palestin, yang juga ditimbulkan oleh akhbar Utusan Umno.

Senior Umnonya Mahathir Mohamad melepaskan serangan seterusnya, memanggil Anwar pengintip bagi membantu AS dan Israel menubuhkan sebuah kerajaan boneka di Malaysia untuk menumbangkan BN. Ini adalah topik yang amat panas untuk Umno, terutama di zaman dahulu apabila ia mahu untuk memangkin umat Islam ke dalam blok pengundi BN.

Malah Anwar percaya Pu-13 adalah begitu hampir, dan telah mengunjurkan hari pengundian pada Mei-Jun 2012. Tetapi ini mungkin terlalu awal. November 2012 adalah lebih mungkin lagi, memandangkan skim wang penjanaan Najib fikirkan untuk Umno, BN dan sudah tentu, dirinya sendiri.

Membersihkan imejnya dan merosakkan imej Anwar pada masa yang sama

Dalam salah satu langkah-langkah tangkas beliau, Najib telah berjaya meyakinkan Mufti Perak Harussani Zakaria bahawa beliau dan Rosmah bukannya umat Islam yang teruk bagi menghadiri Thaipusam di Batu Caves, Selangor.

Harussani telah mengejutkan negara apabila beliau mencaci pasangan kerana ‘tidak Islamik’ dan menghadiri acara “berhala”. Dalam masa 2 hari, TV1 kebangsaan menunjukkan perjumpaan Najib dengan Mufti dan menjelaskan perjalanan beliau ke Batu Caves.

Sudah tentu, Harussani mengakui kesilapan beliau dan mengisytiharkan status Islam yang bersih untuk kedua-dua PM dan isteri.

UMNO menyerang PR dan bersedia untuk memenangi Selangor

Pada malam yang sama, TV3 telah mengadakan satu rancangan bual bicara dengan Satim Diman dari Umno, Ketua Pembangkang Selangor dan Sohaimi Shahadan, ahli Exco Pemuda Umno. Kedua-dua lelaki bergegas untuk menyerlahkan semua perkara yang Pakatan Rakyat gagal sampaikan dalam manifesto pilihan raya.

Minggu sebelum itu, Najib mengesahkan pelantikan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Ketua BN Selangor. Malam tadi di tengah-tengah kritikan bahawa perancangan beliau yang hebat untuk mengambil semula Selangor hancur kerana beliau tidak dapat menamakan seorang MB sebagai ketua menteri yang dilantik, beliau melantik Mohd Zin, Ahli Parlimen Umno Sepang untuk menjadi penyelaras kempen pilihan raya BN bagi Selangor.

Spekulasi telah berpusar bahawa Tee Keat mungkin dijadikan Menteri Besar Selangor jika dia memberi kerusi Parlimen Pandan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika benar, ini sememangnya akan menjadi satu langkah kontroversi kerana ia akan menjadi kali pertama Selangor mempunyai MB bukan-Melayu. Walau bagaimanapun, semua ini akan bergantung kepada rahmat Sultan.

Umno telah memulakan usaha untuk memenangi semula Kedah

Tangan Umno telah bergolak dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, dengan persatuan berkaitan MCA mengetuai membuat aduan bahawa pembantu kepada Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat telah menuntut ‘rebat’ antara 25 hingga 30% daripada dana yang perlu dibayar kepada mereka.

Ini diikuti oleh BN mengisytiharkan Kedah sebagai negeri yang boleh dimenangi.

Dakwat kekal

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa dakwat kekal akan digunakan dalam PU-13, dan stok yang ditempah mesti digunakan dalam tempoh tiga bulan jangka hayatnya.

Jadi, ketika Kastam mengumumkan ketibaan kumpulan pertama dakwat tersebut, rakyat Malaysia akan tahu bahawa PU-13 akan diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikhtersebut!

Menguatkan BN

Najib juga telah mengumumkan tiga gabungan ahli-ahli baru untuk BN, iaitu Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Ketiga-tiga badan ini mempunyai ahli di seluruh Semenanjung Malaysia, yang akan digerakkan untuk membantu BN memenangi PU-13,memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar dan perkhidmatan di sana.

Mahathir menyokong kempen BN

Mahathir telah meningkatkan ante itu, dan cuba untuk menakutkan orang Melayu khususnya, dengan menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerjasama dengan AS dan Israel untuk menggulingkan BN dan menubuhkan sebuah kerajaan boneka di sini.

Mesej yang tersirat sudah tentunya adalah bahawa nasib orang Melayu akan menjadi sangat tidak tentu di bawah Pakatan Rakyat. Mahathir pada masa yang sama cuba untuk menanam rasa takut dalam fikiran orang bukan Melayu bahawa perubahan rejim akan ditentang oleh orang Melayu. Keganasan boleh berlaku, dan menghancurkan Malaysia.

Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Taib

Selepas pengajarannya pada April 16, 2011, Najib telah berhenti mencuba untuk menolak Taib.

PM akan terus menutup mata kepada Taib yang merampas kekayaan rakyatSarawak, selagi sebagai MB tersebut memberikan kerusi Parlimen kepada BN dalam PU-13.

Kesan pemberian Belanjawan dan pertumbuhan ekonomi

Najib juga yakin bahawa faktor rasa-baik dari pelbagai Bajet 2012 pemberian wang tunai kepada pelajar dan keluarga berpendapatan rendah akan memihak kepada BN.

Beliau berharap pengumuman oleh Bank Negara bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah 5.2 peratus, melebihi 4.2 peratus ramalan sebelumnya, akan meningkatkan keyakinan dalam pengurusan ekonomi.

Tetapi, penganalisis mengadu hasilnya adalah ‘dinaikkan’ dan bukan mencerminkan trend yang sihat langsung kerana ia bergantung kepada perbelanjaan pengguna - di kedua-dua tahap kerajaan dan swasta untuk menaikkan pertumbuhan tajuk utama. Ketiadaan pertumbuhan adalah sangat ketara dalam pelaburan awam dan swasta.

Adakah UMNO dan Najib benar-benar bersedia?

Jawapannya adalah TIDAK. Najib masih tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang walaupun Rosmah telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Curtin untuk membantu menebus beberapa kredibiliti.

Terdapat juga kata-kata bahawa Najib bekerja keras dalam tinjauan populariti yang akan menunjukkan dirinya jauh lebih hebat dari Anwar dalam pandangan rakyat. ‘Kajian’ ini akan ditangguhkan sehingga beliau cukup yakin untuk membubarkan Parlimen.

Najib tidak hanya mahu mewujudkan faktor rasa-baik. Beliau mahu orang ramai untuk kembali keyakinan dalam BN dan membantu beliau mencapai margin dua pertiga di Parlimen. Tetapi Rosmah juga akan memberitahu beliau bahawa itu tidak mungkin!

Najib needs more time and money

Kemudian, Najib juga memerlukan lebih banyak wang. Ia adalah penting jika senarai Felda Global Ventures akan berada di pasaran pada bulan Mei-Jun. IPO boleh dijangka untuk melompat pada hari penyenaraian dan peneroka Felda yang terlalu gembira boleh dijangka untuk mengundi Umno sekali lagi apabila dipanggil untuk peti undi tidak lama selepas itu.

Khabar angin di Kementerian Kewangan sarat dengan desas desus bahawa Umno akan menyedut setiap sen pembiayaan ganti daripada semua badan kerajaan lain atas alasan mahu melaksanakan projek-projek di seluruh negara. Sebenarnya, wang itu akan digunakan untuk berfoya-foya membeli undi gergasi, seperti perjalanan membeli-belah keterlaluan Rosmah.

Kontroversi 1Care akan berjalan, meningkatkan kira-kira RM11bilion bagi Umno-BN untuk disedut keluar sebaik sahaja ia dilancarkan, mungkin menjelang Januari tahun depan. Umno sudah tentu akan terus menghisap Wang Simpanan Pekerja.

Penyenaraian Felda, dijangka mencapai RM21bil apabila ia keluar, akan dikawal oleh koperasi Permodalan Felda (KPF), yang akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar entiti Felda Global Ventures yang tersenarai dengan 37 peratus pegangan. Tidak hairanlah, Najib mendesak menjadikan Isa Samad pengerusi KPF. Ini akan membolehkan UMNO dan proksinya di Felda mengambil wang dan menarik sejumlah besar yang diperoleh daripada jualan saham.

Dana PERKESO atau Socso juga akan dialihkan serta Tabung Haji, koperasi yang disokong UMNO, badan-badan berkanun yang lain dan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan. Tidak perlu dikatakan, mereka semua akan dipanggil untuk menyumbang sebahagian besar sumber-sumber mereka bagi membantu UMNO supaya terus berkuasa.

Emas di hujung pelangi

Soalan bernilai yang patut ditanyakan adalah, adakah Umno-BN benar-benar memerlukan begitu banyak wang untuk memegang PU-13? Jelas sekali, jawapannya TIDAK. Najib dan kroni beliau juga melompat bagi mendapat pegangan TERAKHIR mereka, dan rakyat Malaysia boleh yakin bahawa jumlah yang diraih mereka akan menjadi berlipat ganda yang sebenarnya dibelanjakan untuk pembiayaan PU-13, termasuk ‘peruntukan’ yang diketepikan untuk membeli undi.

Panggilnya penipu atau rasuah yang diinstitusikan, tetapi ia tidak akan menghalang Najib. Untuk rancangannya berjaya, Najib akan memerlukan masa dan dia sanggup menunggu sehingga hampir akhir tempoh perkhidmatan pada tahun 2013. Pepatah emas di hujung pelangi adalah terlalu banyak untuk diabaikan. Malah Mahathir tidak boleh menakutkan beliau dalam memegang PU-13 sebelum ini.

Diberikan status semasa 1Care dan penyenaraian Felda, yang keduanya masih menghadapi tentangan awam, PU-13 kelihatan lebih mungkin akan diadakan pada bulan November 2012 dan bukannya pada bulan Mei-Jun. Malah mungkin pada tahun 2013.

Malaysia Chronicle

NASIHAT PAS UNTUK MUFTI PERAK

PAS menegur cara Sohibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengutip dan mengulas sesuatu berita. Sebagai seorang mufti, beliau tidak sepatutnya mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan.

Sebagai seorang mufti beliau sepatutnya berpegang dengan Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan".

Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.

Terbaru beliau cuba mengulas isu bai'ah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar.

Ulasan beliau yang berbolak-balik adalah perkara biasa bagi yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau.

Sebagai contoh, isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves - pada awalnya beliau menyerang PM dengan tuduhan syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.

Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam.

Demikian juga isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang diulas bukan dari perspektif Islam. Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum. Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau.

Demikian juga isu bai'ah dalam PAS. Bai'ah mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal ba'iah. Samada sewaktu Perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya membuktikan ba'iah ada asas kukuh.

PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.

Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?

Kerana itu PAS membuat bai'ah kepada semua calon, sekiranya mereka menang atas tiket parti mereka dilarang lompat parti, keluar parti bahkan sekiranya dipecat dari parti mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam bai'ah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.

Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan bai'ah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang di luar atau dikeluarkan PAS.

Beliau harus ingat bai'ah dalam PAS disediakan oleh Majlis Syura yang terdiri dari para alim ulamak, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan.

Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam bai'ah iakah sekiranya seseorang calon yang menang berba'iah dengan nama Allah lalu melanggari bai'ah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat?

Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
23 Februari 2012

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ust-dato-tuan-ibrahim-tuan-man/8308-nasihat-pas-untuk-mufti-perak

SBPA : Penjawat Awam Mungkin Dapat Durian Runtuh 12 Mac Ini

Tunggu PM umum

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Keputusan yang dijangka adil dan saksama terhadap kepentingan 1.4 juta penjawat awam di negara ini termasuk berkaitan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diumumkan Perdana Menteri dalam waktu terdekat.

Presiden Kesatuan Pekerja dan Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, perkara itu ada dinyatakan sendiri Datuk Seri Najib Razak kepadanya dalam satu pertemuan, semalam.


Menurutnya, beliau dimaklumkan keputusan itu akan diumumkan sebelum satu perhimpunan besar-besaran yang membabitkan 15,000 penjawat awam bersama Perdana Menteri di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 Mac depan.

“Pertemuan dan perbincangan itu amat harmoni, dengan satu keputusan bersama dibuat, iaitu Perdana Menteri akan mengumumkan keputusan berkenaan dalam masa terdekat.


“Keputusan itu terserah kepada Perdana Menteri. Cuepacs akan menghormati sebarang keputusan yang diumumkan nanti. Namun, kita percaya keputusan itu adil dan saksama membabitkan kepentingan penjawat awam termasuk SBPA dan isu dibangkitkan Cuepacs,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Pejabat Perdana Menteri di sini.


Pertemuan sembilan pegawai tertinggi Cuepacs bersama Perdana Menteri selama kira-kira 45 minit itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Omar berkata, dalam pertemuan itu pihaknya memaklumkan mengenai maklum balas yang diterima hasil siri jelajah dilakukan Cuepacs di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


Sementara itu, ditanya sama ada keputusan yang bakal diumumkan Perdana Menteri nanti akan menggembirakan penjawat awam katanya, melalui gambaran diberi Perdana Menteri keputusan berkenaan satu gambaran yang baik.

“Itu kita tunggu. Ia adalah keputusan kerajaan. Tetapi ini satu rundingan yang baik dan kerajaan akan membuat keputusan itu dalam masa terdekat. “Kalau saya beritahu nanti seolah-olah saya tak hormati Perdana Menteri. Malah, Cuepacs pun belum mengetahui mengenai keputusan itu.


“Tetapi Perdana Menteri memberi gambaran dan kita rasa ia satu gambaran yang baik. Kita harap semua sabar menunggu dalam tempoh terdekat ini untuk mendapatkan penjelasan dan kenyataan,” katanya.

Penglihatan Mengikut Roh Ketika Pergi Tinggalkan Jasad

Kenapa Manusia Mati Dengan Mata Terbeliak?



Pernahkan anda melihat orang nazak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jika belum pernah, elok jika anda berusaha untuk melihatnya sebelum anda menemui ajal anda sendiri. Melihat orang mati dapat mententeramkan nafsu buas yang berkocak. Melihat orang mati juga membuatkan kita tersedar agar jangan lalai serta leka dengan kehidupan dunia.

Jika anda biasa melihat orang mati, anda tentu pernah melihat orang yang mati dengan keadaan matanya yang terbeliak. Tahukah anda kenapa? Berikut adalah jawapannya:


Hadith:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas? Jawab mereka, Ya kami melihatnya, ya Rasulullah. Sabda baginda lagi: Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.

Huraian Hadith:

Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan husnul khatimah atau su'ul khatimah, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah.

Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka.

Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga. (Bukhari).

Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (su'ul khatimah) dalam mengakhiri ajal seseorang.

Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.

Sumber

Susah nak cari pemimpin gentleman pasni.Semua nak jaga maruah parti masing2.

Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa
Dakwaan pemimpin Pakatan Rakayat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lalu tidak berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, katanya, mesyuarat yang berlangsung dua hari lalu, adalah mesyuarat "penyelarasan" antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, yang diamalkan sejak dulu lagi.

NONE"Jadi kita hadkan menteri besar dan ketua menteri BN sahaja.

"Itu sebab diberi tumpuan bukan sebab peruntukan perlembagaan, kehendak perlembagaan tetapi penyelarasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Sehubungan itu, menurut Najib yang juga pengerusi BN, tidak berbangkit dengan mengetepikan daripada memanggil menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan untuk hadir pada mesyuarat berkenaan.

"Dia pun banyak mesyuarat, tapi tidak jemput kita. Kita pun nak complaint. Dia berpakat sama dia, tak mengapa. Kita nak buat kerja penyelarasan," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa.

khalid ibrahim pc 171111Bagaimanapun, Najib berkata pihaknya berpendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut perlembagaan, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negeri tertentu.pihaknya, tetap menjemput pemimpin Pakatan yang terbabit.

"Atas peruntukkan perlembagaan, kita memang menghormati perlembagaan," katanya.

Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang membidas tindakan perdana menteri kerana mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan.

Sambil menyifatkan tindakan Najib itu sebagai "amat tidak professional", dul Khalid berkata mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

Sementara itu, Najib ketika diajukan soalan sama ada pihaknya MT Umno membincangkan isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diselubungi kemelut kerana didakwa berlakunya penyelewengan, hanya berkata: "Kita tidak bincang".

azlanPada sidang media itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal itu tidak turut serta. Namun, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada mesyuarat MT Umno.

Nasib DBKL tidak operasi mcm ni kt Kuala Lumpur.klu tidak lama dah DBKL kaya raya

Gadis ini didenda RM500 kerana tidak menutup aurat dengan betul




[SH] KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/02/gadis-ini-didenda-rm500-kerana-tidak.html#ixzz1nGVlG56U

Majlis Pernikahan Yusry KRU dan Lisa Surihani di Hotel Marriot Putrajaya

Alhamdullilahi Rabbil A'lamin...
Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Yusry Abdul Halim, 39, dan Lisa Surihani Mohamed, 26, sah bergelar suami isteri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa di Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya selepas Solat Isyak tadi. Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, Lisa juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sebagai balasan, Lisa menghadiahkan sembilan dulang hantaran. ...




Kalau nak tengok liputan penuh, jom layan Astro Awani pukul 1030 malam nie.....

Video Yusry masuk ke Dewan



Video Upacara akad nikah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...