Thursday, February 23, 2012

Refresh semula Ayam Kampung Berempah Cafe Alumni..kena cuba walaupn skali seumur hidup.

Ayam Kampung Cafe Alumni Memang Sedap PDF Print E-mail

(Artikel ini telah disiarkan di www.malaysiajurnal.com pada 13 Sept 2011 yang lalu)

UTMmkn2

Kalau nak pekena ayam kampung untuk makan tengahari, berkunjunglah ke Cafe Alumni Jalan Semarak. Kafe yang telah beroperasi lebih 5 tahun ini menyediakan hidangan set dengan harga yang berpatutan.


Walaupun menu ayam kampung ini mudah didapati, kerana menjadi ikutan oleh peniaga-peniaga di seluruh Lembah Klang. Namun adunan ayam kampung goreng berempah yang disediakan oleh kafe ini mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.


Menu ayam kampung di kafe ini boleh didapati dalam beberapa set hidangan. Iaitu set biasa, set hidangan 1, 2 dan 3. Untuk seorang makan, set biasa sudah memadai dimana dengan set ini sahaja anda akan dapat hidangan terdiri daripada nasi putih, ayam kampung, daging masak lemak cili api, ulaman dan sambal belacan.


UTMmkn1

Kalau datang lebih dari seorang atau berempat, set hidangan 2 dan 3 adalah pilihan tepat untuk anda. Pilihan set tersebut menyediakan aneka jus buah-buahan untuk dipilih. Jus buah naga dan buah mangga menjadi pilihan kami ketika datang berjamu di sana.


UTMmkn3

Kafe ini juga menyediakan hidangan sarapan yang tidak patut anda lepaskan. Sewaktu singgah untuk sarapan disana, kami mencuba nasi lemak bersama telur mata kerbau. Tetapi sambal nasi lemaknya memang membangkitkan selera makan sehingga kami makan bertambah.


Lokasi kafe ini yang strategik menjadi tumpuan warga kota yang bekerja di sekitar Jalan Semarak. Kafe ini mampu memuatkan lebih 100 tempat duduk dalam satu masa termasuk ruang makan peribadi yang perlu ditempah terlebih dahulu. Tempat ini mempunyai tanah lapang yang luas dimana mampu menyediakan ruang tempat kereta mencukupi dan selamat.


UTM2UTM1

Jika tiada tempat duduk sewaktu anda tiba, anda hanya perlu menunggu kurang 5 - 15 minit sahaja sebelum mendapat tempat duduk. Waktu puncak di kafe ini adalah semasa makan tengahari dan sebelum atau selepas solat Jumaat.


Kafe ini diuruskan oleh Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM). Beralamat: No. 30, Jalan Maktab Off Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi 03-2698 8455.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...