Majlis pecah Tanah Projek Lebuh Raya Kota Baharu - Kuala Krai Kelantan
telah di rasmikan oleh Tok Guru Nik Aziz....Yang membanggakan aku
ialah tiada seorang artis artis dijemput untuk menyerikan majlis pecah
tanah ? Cuma di adakan majlis yang sederhana tetapi nampak hebat dengan
perasmian pecah tanah oleh Tok Guru dan disertai dengan solat yang di
imamkan oleh Nik Aziz sendiri , nampak mudah dan ringkas.
Taniah kepada kerajaan negeri Kelantan..
Walau di tekan dan di fitnah dari segenap penjuru akhirnya kerajaan Pas berjaya berdikari membuat lebuh raya sendiri .
Nak tunggu kerajaan pusat laksanakan Lebuh Raya di Kelantan cuma tinggal angan angan sahaja ,sejak dari RMK ke 5 sehingga sekarang kerajaan pusat hanya membuat kertas cadangan tetapi tiada perlaksanaannya .
Semangat slogan satu Malaysia untuk rakyat Kelantan gagal di capai di bawah kerjaan Najib kerana dari segi pembanggunan kerajaan pusat banyak menganak tiri negeri Kelantandari segala aspek kerana dendam politik yang tak kesudah dek kerana perbezaan ideologi fahamam politik.
**

MACHANG - Pembinaan Lebuh Raya Kota
Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8
bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan
Mek Nab di sini, hari ini, antara lain menggunakan sumbangan orang
ramai.
Menteri
Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setelah lebih dua dekad
pembinaannya ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, pihaknya mengambil
keputusan membina sendiri jalan baru itu demi kemudahan rakyat.
Katanya, Projek jalan baru itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) dan ditangguhkan dari tahun ke tahun.
"Malangnya pada RMK-10 ia tidak lagi disenaraikan dan kami (Kerajaan Negeri) mengambil keputusan membinanya sendiri.
"Jalan
baru ini memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan kesesakan
lalu lintas pada musim perayaan seterusnya membantu menurunkan indeks
kemalangan jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pakej 1 ( Machang-Kuaala Krai) di Kampung Berangan Mek Nab di sini.
Projek keseluruhan yang dijangka bernilai RM1.8 bilion itu bakal disiapkan dalam masa tiga tahun.
Pada majlis itu, orang perseorangan dan korporat turut menyumbang bagi sama-sama menjayakan lebuh raya rakyat itu.
Nik
Abdul Aziz berkata, lebuh raya yang berkonsepkan tanpa tol itu turut
dilaksanakan secara wakaf di mana kos pembinaannya serta
penyelenggarannya dibiayai sebahagiannya oleh dana hasil sumbangan derma
dan wakaf rakyat serta yarikat swasta.
Katanya, projek itu adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya permainan politik sebagaimana yang didakwa beberapa pihak.