Friday, March 16, 2012

Salahlaku AG & bekas Ketua Polis:Semua Pekung Pemimpin2 mula terbongkar satu demi satu

Mat Zain sedia beri keterangan terhadap AG, Musa
Tekanan semakin meningkat terhadap perdana menteri supaya menubuhkansebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ini ekoran seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan jika tribunal itu ditubuhkan.

Katanya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal tersebut, sambil menambah bahawa perdana menteri boleh
dikaitkan dengan salahlaku jenayah, jika terus menyembunyikan salahlaku jenayah seseorang (yang telahpun berada dalam pengetahuannya).

Bukti yang dirujuk oleh Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat I manakala Gani mengetuai pihak pendakwaan. Mat Zain merupakan pegawai penyiasat insiden mata lebam itu.

Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, adalah bekas pegawai kanan polis kedua yang menggesa ditubuhkan tribunal untuk menyiasat Gani dan Musa.

Subhanaallah Alhamdullilah Allahu Akbar..Kalaulah Suasana Sume Negeri Seperti Ini..

Oleh: rajaibrahimpetra96

"Ulama, Menteri Besar dan Imam.



Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur.

Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain. Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam.

Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam. Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat.

Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.

Jemaah melimpah ke bibir masjid.

Subhanallah!

Islam di Kelantan.

Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathurat bersama-sama jemaah.

Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang mengizinkan.

Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.

Setiap kali majlis berlangsung, hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau.

Berkat Seorang Ulama.

Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq.

Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!

Jemaah yang sedang menunggu giliran diluar.

Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!

Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka. Bahkan kita kaya ! Kaya akhirat.

New Music Video From Maher Zain:Number One For Me



Lyrics: Maher Zain & Bilal Hajji
Melody: Maher Zain & Nano Omar
Arrangement: Maher Zain

Number One For Me - Lyrics:

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)

Oh, oh, number one for me

Daim:Bimbang jika Najib gagal perbaiki prestasi BN pada PRU-13.

Daim: Najib perlu undur jika gagal dapat lebih kerusi
Umno akan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika beliau gagal memperbaiki pencapaian BN pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas menteri kewanganTun Daim Zainuddin.

daim zainuddin"Mendapatkan semula majoriti dua pertiga adalah wawasan yang baik tetapi (Najib) perlu lebih praktikal ... jika, malangnya, beliau kehilangan banyak kerusi, Umno akan menggulingkannya. Ini politik," kata veteran Umno itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Cina Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Katanya, jika ekonomi negara kukuh, dan Umno bersatu, maka Najib akan mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi ini tak bermakna Najib akan pasti menang. Seperti bermain tenis, awak masih perlu untuk bermain bersungguh-sungguh untuk menang. Walaupun awak mempunyai kelebihan, awak tidak boleh mampu membuat kesilapan. Setiap kesilapan akan menyebabkan awak kalah "

Sekiranya, Najib berundur sebagai presiden Umno, Daim berkata, pengganti beliau mungkin akan ditentukan oleh ahli Umno melalui pemilihan parti.

NONEWalaupun secara konvensional timbalan presiden akan menjadi presiden, namun kata beliau, mungkin terdapat pemimpin lain yang akan mencabar untuk untuk jawatan presiden kali ini, kerana semua orang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.-MK

Daim:Kes NFC memberi kesan BN kehilangan undi lebih banyak

'Cowgate' akan tentukan keputusan PRU, kata Daim
Pemimpin veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

daim zainuddin"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif yang diterbitkan hari ini.

Menurut skandal NFC mempunyai lebih impak berbanding dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kerana wang pembayar cukai digunakan dalam projek penternakan lembu itu.

Justeru, katanya, isu nadir bumi itu mungkin memberi kesan kepada penduduk di Pahang, tetapi tidak ke atas negeri-negeri lain.

NONEMengenai kemungkinan landskap politik selepas pilihan raya umum akan datang, Daim berkata adalah malang jika Umno berjaya mengekalkan sokongannya tetapi dengan kedua-dua sekutunya MCA dan Gerakan ditolak terus oleh pengundi.

Jelasnya, ini akan menunjukkan bahawa pengundi membuat keputusan berdasarkan garisan perkauman dan bukannya sebagai rakyat Malaysia manakala rakyat negara ini akan berpecah mengikut perbezaan kaum.

Thursday, March 15, 2012

Datuk Malek Noor yakin Hudud adalah syariat Allah yang mampu mendidik manusia

Saya Orang Pertama Sokong Hudud Jika Dilaksanakan-Malek Nor

(Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC)

Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.

Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.

Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.

“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.

“Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,”ujarnya.

Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.

Pasangan pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12 Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri.

Katanya lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah insaf untuk berhenti.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di negara ini.

“Hasrat saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam,”ujarnya.

Wednesday, March 14, 2012

Eksklusif:Menteri seterusnya bakal ke SPRM

Umno Tg Karang Jual Tanah Kerajaan bakal Ke SPRM

SHAH ALAM, 13 MAC: Selepas kontroversi pertunangan anak Perdana Menteri, satu lagi penyelewengan pemimpin Umno dijangka turut dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedikit masa lagi.
Isu yang membabitkan penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor itu turut membabitkan Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman, PAS Tanjung Karang ketika ini sedang mengumpulkan fakta kes terbabit sebelum menyerahkan kepada pihak guaman yang dilantik untuk tindakan selanjutnya.
“Sekarang PAS Tanjung Karang sedang kumpulkan fakta berkaitan kes ini.
“Kebanyakkan fakta kami dah perolehi, cuma tinggal beberapa perkara yang masih diteliti sebelum kami bawa kepada pihak guaman untuk tindakan selanjutnya buat laporan SPRM,” beritahu beliau.
Terdahulu, TVS dan Selangor Kini melaporkan Kerajaan Negeri Selangor ketika di bawah pentadbiran BN telah menganugerahkan sebidang tanah milik kerajaan negeri kepada Umno bahagian Tanjung Karang.
Bagaimanapun pada sekitar 2007, tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional telah dijual oleh Umno Tanjung Karang kepada dua buah syarikat swasta, Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada harga yang tidak diketahui.
Carian yang dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati salah seorang pemimpin Umno Bahagian Tanjung Karang memiliki kepentingan di salah satu syarikat terbabit.
Syarikat tersebut turut membuat permohonan untuk mendirikan hotel di atas tanah seluas 4,370 meter persegi yang turut terdapat sebuah gimnasium yang telah dikosongkan.
Bagaimanapun, permohonan syarikat terbabit telah ditolak dalam mesyuarat Ahli-ahli Majlis Daerah Tanjung Karang.
Dalam isu yang sama, Noh Omar turut menghantar seorang wakil untuk membuat rayuan kepada Misran agar beliau menarik kembali kenyataan terdahulu beliau berkaitan isu ini.
Bagaimanapun rayuan tersebut tidak dilayan oleh Misran.

Noh saman Kerajaan Selangor, Adun Sekinchan


KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau.

Noh berkata kerajaan negeri Selangor melalui akhbar rasminya SelangorKini dalam keluaran 25 Nov-2 Dis 2011 telah menerbitkan dua artikel yang dikatakan memfitnah beliau berbunyi: "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" serta artikel yang turut menyiarkan kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".

"Satu kita saman kerajaan negeri bersama enam yang lain termasuk sidang pengarang SelangorKini dan satu lagi kepada Adun Sekinchan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Katanya, saman sebanyak RM10 juta setiap satu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac lepas melalui peguamnya Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Noh berkata penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai anggota parlimen Tanjong Karang, menteri dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran pengurusan kes

White Collar Crime.bukan rasuah je yang menyamun duit pn polis tak dpt tangkap

Hanya Satu Peratus Daripada 100,000 Anggota PDRM Terlibat Rasuah - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar melancarkan poster Kempen Jauhi Rasuah di KLCC di Kuala Lumpur, Rabu. Turut sama timbalannya Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kanan) serta Pengarah NKRA Membenteras Rasuah Datuk Hisham Noordin (dua, kiri). Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil namun jika dibiarkan ianya akan merebak lebih besar sepertimana penyakit kanser jika tidak dikawal.

"Apa yang kita kesalkan orang bercakap macam banyak laporan (rasuah) yang dilakukan anggota kita (PDRM). Ini tidak baik," katanya pada sidang media selepas pelancaran poster Jauhi Rasuah PDRM-NKRA bagi membanteras rasuah di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah NKRA Rasuah, Datuk Hisham Nordin.

Ismail berkata, beliau akan berusaha memastikan budaya sifar rasuah di kalangan anggota PDRM.

"Saya mohon kerjasama masyarakat supaya bukan sahaja melaporkan jika ada kegiatan rasuah di kalangan anggota PDRM malah menghentikan pemberian rasuah," katanya.

Ismail juga berpuas hati dengan usaha Jabatan Tatatertib PDRM yang ditubuhkan sejak tahun 80-an, dalam membanteras salah laku anggota PDRM termasuk dalam aspek rasuah.

Terdahulu Ismail dalam ucapannya berkata kajian di negara-negara maju menunjukkan terdapat empat jenis rasuah yang sering menjejaskan integriti kolektif sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

Empat jenis itu ialah rasuah individu secara kecil-kecilan, rasuah birokratik, rasuah jenayah dan rasuah politik, katanya.

Beliau berkata, setiap warga kerja PDRM, sama ada pegawai, anggota atau pegawai awam dan penguatkuasa undang-undang tidak boleh melakukan kesilapan apatah lagi terlibat dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti rasuah.

"Saya amat kecewa dan sedih setiap kali menerima laporan terdapat pegawai atau anggota yang melakukan rasuah sehingga ada yang tersebar dalam internet sama ada dalam penulisan dan komen klip video seperti YouTube," katanya.

Sementara itu, Hisham berkata, kini terdapat budaya baru di kalangan anggotaPDRM di mana mereka sendiri yang melaporkan jika ditawarkan rasuah oleh masyarakat.

"Pada tahun lepas seramai 157 anggota polis melaporkan mereka ditawarkan rasuah," katanya. - BERNAMA

Shahrizat patut malu dengan Rafidah Aziz

Rafidah: Shahrizat tak korban untuk Umno, negara

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.- M'kini

Monday, March 12, 2012

Pengarah kanan NFC dijangka didakwa hari ini



Seorang pengarah kanan National Feedlot Corporation NFC dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut sumber, antara pertuduhan yang akan dikenakan membabitkan sejumlah wang yang besar, dan kes itu sedang didaftarkan di pejabat pendaftaran mahkamah jenayah.

NONENFC terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dana pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan membangunkan projek ternakan lembu di negara ini dengan sasarannya memastikan bekalan daging dalam negara adalah mencukupi .

Pakatan Rakyat mendakwa, antara lain, bahawa dana itu digunakan sebagai membeli hartanah termasuk kondominium mewah di Bangsar, tanah di Putrajaya dan juga beberapa hartanah di Singapura.

Pengarah yang terbabit dalam skandal itu adalah ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ini termasuk pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Ketua Wanita Umno itu. Selain itu, beberapa anak mereka juga menduduki lembaga pengarah syarikat berkenaan.

azlanShahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 8 April, sehari sebelum tamat perlantikannya sebagai anggota Dewan Negara berakhir.

Sumber : Malaysia Kini

Drama 'Makcik Bollywood' Untuk Selamatkan Parti



Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

NONESyed Ali (kanan) berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

NONE"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Bung Mokhtar: Patut lebih awal

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

bung moktar radin"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama.-MK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...