Tuesday, March 20, 2012

PM:Memberi Amaran Jika BN gagal dpt 2/3 Majoriti..Aritu Ckp blagak sgt??

Parlimen 'tergantung' akibatkan 'mala petaka'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang dan tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas, maka ini akan membawa ketidaktentuan politik kepada negara.

Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Namun, pada masa yang sama perdana menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

foreign correspondents club fcc 190312"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, malam semalam.

Najib walau bagaimanapun mengakui tugas mendapatkan majoriti dua pertiga bukan sesuatu yang mudah.

“Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar. Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

“Namun, kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...